Kerajaan Sri Lanka arah operator perlahankan muzik dalam bas!

oleh Mohamad Hanif|
Sudah menjadi kebiasaan para penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas di Sri Lanka disajikan dengan senarai lagu-lagu Sinhala, Tamil dan Hindu dengan nada, volum dan desibel yang sangat kuat sepanjang perjalanan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kebanyakan lagu-lagu yang dimainkan berasal daripada filem-filem bajet rendah, dan adakalanya sangat menjengkelkan bagi mereka yang kerap menaiki bas. 

Di Sri Lanka sahaja, terdapat kira-kira 20,000 buah bas yang melata di atas jalan, masing-masing dengan gaya yang tersendiri bagi menarik perhatian. 

Namun, hal tersebut bakal berubah sikit masa lagi apabila kerajaan Sri Lanka kini mengarahkan syarikat operator bas supaya mengawal muzik yang dimainkan berikutan terdapat laporan daripada para pengguna yang mengadu bising dan tidak selesa. 

Menurut jurucakap menteri pengangkutan, Dharma Wanninayake berkata, kesemua operator bas diberikan tempoh sehingga 15 Januari ini atau bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. 
 

sound check, sound check 1,2,3!

Dalam masa yang sama, pihak National Transport Commission juga turut menawarkan senarai lagu yang terdiri daripada 1,000 buah lagu Sinhala, Tamil dan Hindi untuk dimainkan secara percuma. 

Senarai tersebut walaubagaimanapun tidaklah wajib untuk dimainkan..

 

Sumber: Channel News Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Kia, kajian yang dibuat menggunakan model EV6 GT-Line S membuktikan pemilihan muzik yang…