Kerajaan sedia lancar projek kereta nasional ketiga menjelang 2020

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia bakal menerima sebuah lagi jenama projek kereta nasional ke dalam pasaran apabila kerajaan dilihat bersedia untuk melancarkan projek kereta nasional 3.0 menjelang 2020 sebagaimana dibayangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Yusof, berkata kerajaan sekarang percaya bahawa, langkah itu akan mencergaskan kembali industri automotif negara.

“Kami mencuba untuk mencergaskan dan mengembangkan industri ini memandangkan potensinya yang besar, Selain itu, pengeluar komponen kenderaan juga adalah antara sektor yang memacu perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya pada Majlis Konvokesyen Kolej Automotif TOC, di sini, hari ini.

 

Terdahulu, ketika berucap, Mohd Redzuan berkata, kerajaan memerlukan sokongan bagi industri ini, begitu juga dengan pengetahuan, kemahiran dan graduan berkemahiran untuk menjayakan cita-cita ini.

“Pada masa lalu, kita cuba mengembangkan industri ini dengan mewujudkan kereta kita sendiri, tetapi jelas, kita perlu bekerja seiring dengan masa.

“Ini memberikan banyak cabaran sebagaimana yang kita saksikan hari ini dimana Proton perlu berkompromi,” katanya.

Justeru, kata Mohd Redzuan, kerajaan akan menyempurnakan dan memperbaiki daripada “apa dan di mana yang salah (terhadap Proton)”.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Jika fokus adalah kepada kenderaan elektrik, memang wujud peluang untuk UK bekerjasama dengan…
Berita Domestik
Kementerian Pembangunan Usahawan pada fasa akhir menyenarai pendek syarikat yang akan bekerjasama…
Berita Domestik
Laman web tersebut, DSK Industry turut mengaku mereka sedang menyiapkan kereta elektrik pintar yang…