Kerajaan rugi RM4.89 billion dari pengecualian duti eksais kenderaan CKD dari 2015 ke 2017

oleh HEZERI SAMSURI|
Laporan Audit Negara tahun 2018 (Siri Pertama) menunjukan bahawa kerajaan Malaysia telah mengalami kerugian sebanyak RM4.89 billion dari duti eksais untuk kenderaan yang dipasang secara tempatan (CKD) dari tahun 2015 sehingga 2017 atas beberapa dasar pengecualian yang diberikan.

Antara pengecualian yang dijelaskan oleh laporan itu termasuklah kebenaran istimewa dari Kementerian Kewangan dan juga pengecualian duti eksais untuk Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang di CKD.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebanyak 73,250 unit kenderaan EEV CKD telah menerima pengecualian cukai 100 peratus dalam tempoh tersebut.

Kenderaan EEV CKD ialah satu program yang diwujudkan oleh Polisi Automotif Nasional (NAP) tahun 2014  di mana ia mahu meningkatkan pemasangan tempatan bagi kenderaan-kenderaan cekap tenaga.

Ini termasuklah kenderaan-kenderaan popular seperti model-model PHEV premium dari Mercedes-Benz, BMW dan juga model-model lazim dari Perodua, Honda, Hyundai, Toyota, Nissan dan sebagainya.

Pengecualian duti eksais sebanyak RM4.095 (83.75 peratus dari jumlah kerugian keseluruhan) datangnya dari tiga negeri, Pahang, Kedah dan Selangor.

Ini ialah kerana ketiga-tiga negeri itu mempunyai kilang-kilang kenderaan yang besar.

Volkswagen dan Mercedes-Benz mempunyai kilang di Pekan, Pahang sementara BMW, Hyundai, Mazda, Kia, Peugeot, Citroen dan Haval di pasang di Gurun dan Kulim, Kedah sementara Toyota, Volvo, Perodua dan Nissan mempunyai kilang di Selangor.

Selain dari EEV, pengecualian eksais duti juga diberikan untuk pembelian kenderaan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, kedutaan dan juga kenderaan milik kerajaan.

Pengecualian itu turut membabitkan program lain seperti Returning Expert Programme dan juga program Malaysia My Second Home.

Laporan audit itu turut memberi pendapat bahawa pengecualian cukai 100 peratus untuk kenderaan EEV dilakukan berdasarkan ujian pelepasan asap karbon menurut piawaian UN R101 yang dikatakan "tidak digunakan sepenuhnya".

Kerana itu, laporan audit itu mencadangkan pengecualian duti eksais 100 peratus untuk kenderaan EEV yang dipasang secara tempatan perlu dikaji semula agar polisi NAP 2014 dapat dimatlamatkan.

Komen yang Careta terima dari mereka yang arif berkaitan EEV berkata kenderaan yang dipasang di Malaysia secara CKD wajib melalui proses ujian asap karbon UN R101 yang akan dilakukan di makmal-makmal yang diakui oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

"Ujian-ujian itu disaksikan sendiri oleh pegawai-pegawai dari agensi kerajaan yang bertanggung-jawab. Namun begitu, mungkin ada model-model istimewa yang diimport terus tetapi mendapat label CKD dan mereka mungkin tidak melalui ujian itu," terang sumber tersebut.

Satu lagi sumber Careta berkata mungkin ujian pelepasan asap masih tidak lagi digunakan sepenuhnya di Malaysia dan hanya angka penjimatan bahan api sahaja yang digunakan. 
 

* Laporan asal dari The Edge

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beberapa langkah dan perancangan berdasarkan Dasar Automotif Nasional (NAP 2020) akan diusahakan…
Berita Domestik
Ini dapat dilihat dengan sokongan berterusan terhadap lokalisasi komponen yang merupakan tulang…
Berita Global
Tindakan itu dilakukan untuk memastikan Singapura bertukar kepada negara yang mengamalkan ekonomi…