Kerajaan pertimbang tempoh sah lesen memandu hingga 10 tahun

oleh Mohamad Hanif|
Tempoh sah lesen memandu mungkin akan dilanjutkan kepada 10 tahun berbanding lima tahun seperti yang dilaksanakan pada ketika ini.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kementerian juga mempertimbangkan menawarkan diskaun kepada orang ramai yang memperbaharui lesen memandu untuk tempoh selama 10 tahun, bagi menggalakkan orang ramai memperbaharui lesen dengan tempoh lama.

“Pegawai Kementerian Pengangkutan diarahkan untuk mengkaji kebolehlaksanaan cadangan ini” katanya ketika berucap di Dewan Rakyat.

Ia merupakan antara inisiatif baharu yang sedang dipertimbangkan oleh MOT selepas melaksanakan proses pendigitalan lesen memandu seperti yang diumumkan tempoh hari di mana kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan pelekat cukai jalan fizikal.

Menurut Loke, lesen memandu digital itu bukan mandatori dan lesen fizikal masih boleh didapati daripada JPJ.

Bagaimanapun, Loke berkata, kerajaan masih belum memutuskan sama ada mahu menghapuskan penggunaan lesen dan cukai jalan fizikal itu.

Hari ini Loke memberitahu, Kementerian Pengangkutan turut menjalankan kajian penstrukturan semula sistem cukai jalan untuk mengurangkan kos.

Sumber: FMT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata…
Berita Global
Lesen memandu baharu Kelas U itu diwujudkan bertujuan untuk mengurangkan risiko berkaitan…
Informasi
“Kalau bawa kenderaan ke Thailand, polis sana mintak fizikal kad, kalau tiada boleh kena saman. “…