Kerajaan pertimbang lanjut konsesi lebuh raya 30 tahun elak kenaikan kadar tol

oleh Mohamad Hanif|
Tempoh konsesi tol sedia ada mungkin akan dilanjutkan sehingga 30 tahun bagi mengelakkan kenaikan kadar tol.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menurut laporan The Edge seperti yang dipetik oleh MalayMail, kerajaan persekutuan sedang mempertimbangkan langkah tersebut, dan sekiranya diluluskan ia mungkin akan diumumkan pada separuh kedua tahun ini. 

Sumber yang enggan dinamakan itu menyebut, "saya diberitahu kerajaan sedang melihat lanjutan tempoh konsesi sehingga 30 tahun. 

Sumber yang sama menambah, kerajaan telah pun memberitahu beberapa syarikat pengendali lebuh raya berkenaan kemungkinan lanjutan tempoh konsesi tersebut. 

Sumber kedua yang rapat dengan sebuah syarikat konsesi mengaitkan lanjutan tersebut dengan hasrat kerajaan untuk menghalang kenaikan kadar tol dan dalam masa yang sama mengelakkan daripada membayar pampasan kepada pengendali lebuh raya. 

Sumber ketiga pula menyebut tempoh konsesi yang lebih panjang mampu menyumbang kepada pengurangan kadar tol, sementara sumber keempat mendakwa perjanjian tersebut kini sedang diteliti. 

"Perancangan untuk melanjutkan tempoh konsesi bagi pengendali lebuh raya kini sedang diteliti, namun ia masih lagi memerlukan kelulusan Kabinet. 

Sumber: The Edge melalui MalayMail

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi semasa melawat…