Kerajaan pertimbang laksana PKPD, perketat SOP di Lembah Klang

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Lembah Klang susulan peningkatan kes positif COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Yaakob, berkata pilihan lain adalah mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan terbabit dalam usaha mengawal penularan virus itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, keputusan mengenainya bergantung kepada saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dan kementerian berkaitan kerana tindakan seumpama itu memerlukan penilaian teliti di semua aspek.

"Kalau PKPD dilaksanakan, semua orang tidak boleh keluar rumah. Makanan akan dihantar ke rumah, aktiviti ekonomi juga perlu dihentikan.

Memang mudah untuk kita kawal pergerakan tetapi banyak perkara perlu dipertimbangkan. Paling penting kita kena fikir mereka yang bergantung kepada mata pencarian harian.

"Kita akan adakan perbincangan dan buat keputusan dalam masa terdekat. Tetapi buat masa ini, kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang," katanya dalam sidang media hariannya, hari ini.

Sebelum ini terdapat rungutan daripada beberapa pihak apabila PKPB yang dilaksanakan di Lembah Klang bermula 14 Oktober lalu dilihat longgar, antaranya apabila taman awam dan pusat gimnasium sudah dibenarkan beroperasi.

Ismail Sabri juga memaklumkan kerajaan bersama KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan berbincang dan mengeluarkan SOP berkaitan sambutan Deepavali tidak lama lagi.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Informasi
  “Sewaktu sedang melakukan rondaan, anggota bertugas telah terlihat sebuah kereta jenis Honda…