Kerajaan pertimbang ambil alih konsesi tol apabila kewangan negara stabil

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Cadangan untuk ambil alih konsesi lebuh raya bagi mengurangkan kadar tol akan dipertimbangkan oleh kerajaan sekiranya kedudukan kewangan stabil pada masa depan, menurut laporan Berita Harian.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana ia membabitkan implikasi kewangan yang tinggi.

"Kerajaan sentiasa komited dan fokus terhadap sebarang usaha untuk menangani kenaikan harga barang serta mengurangkan kos sara hidup yang ditanggung rakyat.

"Namun kerajaan pada masa ini tidak bercadang mengambil alih mana-mana lebuh raya yang sedang beroperasi kerana memerlukan implikasi kewangan yang sangat tinggi.

"Kerajaan bersedia mempertimbangkan semula cadangan ini sekiranya keadaan kewangan dan fiskal negara mengizinkan kelak," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang bertanyakan komitmen kerajaan dalam mengambil alih konsesi lebuh raya dan beransur-ansur mengurangkan kadar tol di seluruh negara bagi meringankan beban rakyat.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata ia bukanlah satu model yang mampan dan saksama apabila…
Berita Domestik
“Kita tahu trend di negara ini apabila ada (sahaja) cuti bercantum dan kalau hari Jumaat atau Isnin…
Berita Domestik
Ia bertujuan untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik di kalangan rakyat Malaysia, menurut…