Kerajaan perlu terima hakikat keadaan jalanraya boleh jadi punca kemalangan

oleh HEZERI SAMSURI|
Tanda-tanda jalanraya yang semakin pudar sepatutnya dicat balik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ia memang membahayakan pengguna jalanraya, walaupun mereka memandu dengan cermat sekalipun.

Penanda jalanraya yang semakin pudar akan menyebabkan pemandu atau penunggang merasa keliru, terutama jika ia membabitkan laluan sempit seperti jalanraya persekutuan ataupun di atas jambatan.
Modenas

Risiko semakin tinggi apabila keadaan hujan lebat melanda. Walaupun kenderaan dipandu perlahan, pertembungan dengan kenderaan lain masih mampu membunuh.

Sepanjang beberapa bulan yang lepas, saya sudah menunggang dan memandu di sebelah timur, barat, utara dan selatan Semenanjung Malaysia dan hampir di kesemua kawasan itu mempunyai masalah tanda jalan yang sangat pudar.

Selain dari itu, kawasan pembinaan yang dilakukan di dalam kawasan jalanraya juga perlu dipantau dengan lebih serius.

Kejadian di mana penghadang plastik pembinaan yang terjatuh ke atas jalanraya yang kemudiannya dilanggar oleh penunggang motosikal (video yang tular di media sosial bulan lepas) sepatutnya tidak boleh berlaku.

Ini termasuk laluan pembinaan yang tidak dijaga dengan baik, dan gelap di sebelah malam.

Jalanraya yang terjaga hanyalah di dalam kawasan lebuhraya berbayar. 

Sudah tiba masanya pihak kerajaan juga menerima hakikat bahawa keadaan jalanraya boleh menjadi punca kemalangan.

* Gambar utama dari The Star 
 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Cuma kali ini, soalan beliau yang ditujukan kepada golongan pemuda berkaitan memperkenalkan…
Berita Domestik
sumber gambar: Pekat Technology Kesemua jalan raya di seluruh negara bakal diterangi dengan…
Berita Domestik
Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) Syahrul Nizam Saleh berkata terdapat beberapa laluan…