Kerajaan Perancis akui idea jalan solar satu kegagalan

oleh Mohamad Hanif|
Ketika projek untuk memasang panel solar di salah satu jalan utama di Perancis, ia menerima banyak hentaman dan kritikan daripada pakar kerana reka bentuknya yang sangat tidak berkesan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dan, setelah beberapa tahun, akhirnya kerajaan Perancis akui yang idea ini memang tidak boleh dipakai, menurut laporan akhbar Le Monde

Jalan pertama yang dikenali dengan nama Wattway itu nampaknya rosak teruk kerana pemaju tidak mengambil kira bagaimana binaan yang sebenar perlu dibuat untuk tahan lasak dengan kegunaan seharian. 

 


Dalam pembinaan jalan biasa, pertambahan bilangan kenderaan yang semakin meningkat menjadikan jalan tersebut memerlukan penyelenggaraan melebihi apa yang dijangkakan oleh para pemaju. 

Dengan kehadiran jentera berat yang tidak kira masa, ia lebih cepat mendatangkan kerosakan berbanding jalan yang hanya dilalui oleh kereta biasa. 

Belum dikira faktor cuaca yang adakalanya mampu merosakkan struktur jalan raya itu sendiri. 

 


Begitu juga halnya dengan jalan berpanel solar yang dibina di Perancis. 

Selain daripada itu, keadaan jalan yang sangat rata sebenarnya sangat tidak berkesan untuk 'menangkap' tenaga yang dipancarkan oleh matahari, menjadikan ia tidak begitu mencapai target penghasilan tenaga seharian iaitu 790 kWh.

Tahun pertama jalan itu beroperasi, ia hanya mampu mencatatkan 409 kWh sehari dan jumlah penghasilan tenaga yang diperoleh semakin menurun tahun demi tahun. 

Lebih memburukkan keadaan, kerosakan yang dialami oleh jalan tersebut menjadikan ia hanya mampu menjana 215 kWh sehari untuk tempoh 2018 dan kurang daripada 200 kWh untuk tahun ini. 

Sumber: ExtremeTech
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebahagian daripada dana tersebut akan disalurkan kepada program menggalakkan penggunaan kenderaan…