Kerajaan patut tukar status jalanraya di Hulu Dungun kepada permukaan bulan

oleh HEZERI SAMSURI|
Penduduk di Hulu Dungun, Trengganu meminta pihak yang bertanggungjawab untuk membaiki keadaan jalanraya yang mendap dan berlubang di Kilometer 10, Jalan Tepus-Pasir Raja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Keadaan jalanraya yang beralun dan berlubang itu seolah-olah seperti kawah-kawah di permukaan bulan dan menurut laporan Astro Awani, mendapan telah berlaku di laluan terbabit semenjak 2014 lagi.

Sayangnya, pihak berkuasa hanya mampu menampal kawah-kawah itu dan ia tidak pernah bertahan lama.

Kali terakhir, tampalan dilakukan pada 30 Ogos lalu dan sekarang, laluan itu kembali berlubang teruk dan mendapan juga semakin serius.

* Laporan penuh di Astro Awani

** Gambar utama oleh Astro Awani, gambar di bawah oleh Rosli Ilham, Berita Harian