Kerajaan Negeri Pulau Pinang teruskan projek kereta kabel Bukit Bendera

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan negeri melalui Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) akan tetap meneruskan projek kereta kabel Bukit Bendera di sini, melalui konsep kerjasama dengan pihak swasta.


Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, projek itu diteruskan susulan pembatalan peruntukan RM100 juta oleh Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan projek tersebut pada April 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Selain kereta api furnikular sedia ada, kereta kabel ini mampu menjadi mod pengangkutan tambahan terutamanya dalam mengurangkan kesesakan pada waktu puncak sekali gus menyumbang kepada pembangunan pelancongan Pulau Pinang secara berterusan," katanya pada sidang media di Pulau Pinang semalam.

 

Menurutnya, kajian prakebolehlaksanaan projek kereta kabel sudah dijalankan dan penilaian menyeluruh di pasaran, sosial, ekonomi, impak alam semula jadi, model kewangan, potensi, pemilihan penyelarasan serta lain-lain dijalankan oleh pihak perunding berkaliber.

 

"Berdasarkan kajian itu, terdapat beberapa laluan pilihan untuk pelaksanaan projek kereta kabel iaitu menerusi Taman Botani, Taman Belia dan Teluk Bahang.

 

"Malah turut menjadi kemungkinan bahawa bangunan parkir bertingkat akan dibina di beberapa lokasi berbeza bergantung kepada penjajaran serta lokasi stesen bawah kereta kabel berkenaan," katanya.

 

Beliau berkata, PBBPP turut mencadangkan penggunaan kenderaan elektrik bagi membawa pengunjung dari bangunan parkir bertingkat ke stesen bawah kereta api.

 

"Ekoran permohonan PBBPP untuk mengiktiraf Bukit Bendera sebagai rizab biosfera Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) iaitu di bawah program 'Man and The Biosphere' (MAB), perancangan dan ramalan pembangunan perlu dilakukan secara teliti demi masa depan Bukit Bendera serta negeri Pulau Pinang secara menyeluruh," katanya.

 

Tambahnya, projek kereta kabel itu akan mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk siap sepenuhnya.

 

Justeru, Chow berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan penyertaan syarikat berdaftar yang layak dan mempunyai kepakaran mengambil bahagian dan mengemukakan Permohonan Cadangan (RFP) yang bermula dari 13 Januari hingga 24 Mei ini.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kereta kabel yang menghubungkan Tasik Maggiore di Stresa dan Gunung Mottarone itu terjatuh…