Kerajaan negeri Kedah beli 12 Honda Accord dan 11 Toyota Hilux

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan Kedah menafikan dakwaan membeli 23 kenderaan baharu bagi kegunaan EXCO, sebaliknya ia untuk pelbagai jabatan kerajaan negeri .


Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata peruntukan pembelian kenderaan itu diluluskan dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh menteri besar sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, pembelian 12 kereta jenis Honda Accord dan 11 Toyota Hillux adalah bagi menggantikan kenderaan jabatan yang kebanyakan berusia lebih 10 tahun dan ada yang dibeli pada 2004.

 

"Ia sudah tidak ekonomi untuk dibaiki kerana kos membaik pulihnya melebihi harga kenderaan itu dan tidak lagi sesuai digunakan untuk perjalanan jauh, jadi ia perlu dilupuskan.

 

"Kereta yang dilupuskan ini milik pegawai daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kulim Kubang Pasu dan Pokok Sena.

 

"Ada juga kenderaan dibeli oleh ketua jabatan selepas pencen, jadi kenderaan itu perlu diganti selain kita beli pacuan empat roda untuk kegunaan operasi jabatan seperti Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIK)," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman, semalam.

 

Beliau berkata demikian bagi mengulas video dan gambar tular dakwaan pembelian kenderaan baharu untuk kegunaan EXCO Kedah sejak kelmarin.

 

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi, berkata urusan pembelian kenderaan baharu jabatan oleh Pegawai Kewangan negeri bermula sejak awal tahun namun tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Beliau berkata, secara kebetulannya, pembelian 23 kereta baharu dilakukan pada bulan ini ketika beliau menjadi Menteri Besar Kedah, sekali gus menyebabkan namanya menjadi sebutan.

 

"Pembelian kenderaan ini adalah secara pukal oleh Pegawai Kewangan Kedah dengan harga lebih rendah, pembekal turut menawarkan pakej lepas jualan lebih baik iaitu penyelenggaraan percuma selama lima tahun yang mana harga dirahsiakan namun lebih rendah daripada harga semasa.

 

"Jadi ia untuk kereta jabatan bukannya EXCO, jadi apa yang tular adalah fitnah semata-mata dan tanggunglah dosa," katanya.

 

Muhammad Sanusi berkata, kesemua 23 kereta baharu sudah diserahkan kepada jabatan berkaitan semalam.

 

Dalam perkembangan sama, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya juga akan memfailkan saman terhadap beberapa individu yang memfitnah dirinya termasuk berkaitan pembelian kereta baharu itu.

 

"Bagaimanapun, saya belum ada maklumat berkaitan bilangan individu akan disaman dan peguam saya akan senaraikan nanti," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, sambungan pengembangan adalah kawasan di mana dua struktur jambatan dipisahkan secara…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seorang suspek…
Berita Domestik
Beliau berkata, modus operandi digunakan adalah membuat pembelian berulang dalam jumlah had 20…