Kerajaan negeri Australia lulus pakej insentif EV, rebat sehingga RM9.3k untuk kereta baharu

oleh Mohamad Hanif|
Sidang parlimen kerajaan negeri New South Wales baru-baru ini meluluskan pakej insentif yang meluas khusus untuk menggalakkan lagi penggunaan kenderaan elektrik (EV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diumumkan pada Jun lalu dalam pembentangan Bajet Negeri 2021-22 dengan kos sekitar AU$490 juta (RM1.5 bilion), pakej rangsangan menyeluruh ini telah disifatkan oleh industri sebagai yang terbaik pernah ditawarkan.

Pakej insentif tersebut menawarkan pemulangan semula duti setem bagi pembeli EV baharu bernilai bawah AU$78,000 (RM243 ribu) selepas tempoh 1 September.

Manakala pembeli EV bernilai bawah $68,750 (RM214 ribu) boleh memohon salah satu daripada 25,000 rebat yang ditawarkan, di mana setiap satu bernilai AU$3,000 (RM9,344) bermula 1 November ini.
 

T2
sumber gambar: The Courier Mail


Kenderaan elektrik yang layak juga boleh menggunakan laluan transit khas T2 dan T3 bermula 1 November ini sehingga 31 Oktober 2022.

Selain daripada itu, kerajaan NSW turut melabur sebanyak AU$171 juta (RM532 juta) bagi membangunkan infrastruktur pengecasan, terdiri daripada pengecasan ultra-pantas dengan kos AU$131 juta (RM408 juta), geran bernilai AU$20 juta (RM62.3 juta) untuk fasiliti pengecasan di kawasan pelancongan, serta $20 juta untuk hab pengangkutan awam.

Tambahan sebanyak AU$33 juta (RM102.8 juta) pula diperuntukkan untuk menggantikan armada kenderaan kerajaan NSW kepada EV, dengan sasaran penggunaan EV 100 peratus menjelang 2030.

EV yang digunakan oleh kerajaan secara tipikalnya akan dijual setelah tempoh tiga atau lima tahun, bertujuan untuk merangsang penggunaan EV terpakai.
 

EV


Akhir sekali, pelaksanaan caj penggunaan jalan raya sebanyak AU$0.25 per km (RM0.78/km) untuk EV bagi menggantikan cukai bahan api, di mana ia akan ditangguhkan pelancarannya sehingga Julai 2027, atau apabila EV sudah mencapai 30 peratus pegangan pasaran.

Menurut Matt Kean selaku Bendahari Negeri merangkap Menteri Sumber Tenaga dan Alam Sekitar menjelaskan, "untuk mencapai sasaran pelepasan sifar bersih menjelang 2050, majoriti kenderaan baharu yang dijual di NSW perlu terdiri daripada EV menjelang 2035.

"Ini merupakan permulaan revolusi EV di NSW," ujarnya lagi.

Sumber: CarExpert

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Agensi kerajaan seperti MITI dan MARii nampaknya sudah menubuhkan satu jawatankuasa khusus untuk…
Berita Global
  Bagi pemandu baharu yang belum pasti akan berkhidmat buat tempoh yang panjang, ada pula skim…