Kerajaan mahu ambil alih 4 konsesi tol - mencecah RM6.2 billion

oleh Mohamad Hanif|

Kerajaan menawarkan RM6.2 bilion untuk mengambil alih 4 konsesi lebuhraya bertol di Lembah Klang daripada Gamuda Bhd dan Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (Litrak).

Tawaran tersebut untuk membeli saham Gamuda dan Litrak dalam syarikat-syarikat konsesi yang mengusahakan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dan Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Terowong SMART).

Putrajaya pada Februari mengumumkan ia sudah memulakan rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi 4 lebuh raya yang syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti.

Gamuda memaklumkan Bursa Malaysia semalam bahawa Menteri Kewangan Diperbadankan membuat tawaran untuk membeli semua sekuriti dalam 4 lebuhraya itu menerusi surat bertarikh 21 Jun.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan berhasrat untuk memansuhkan mekanisme tol sedia ada apabila berjaya mengambil alih lebuh raya berkenaan.

Sumber: Free Malaysia Today

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sumber tersebut mengesahkan terdapat tawaran daripada RRJ Capital untuk memperoleh pegangan…
Berita Domestik
Namun, Menteri Kerja Raya, Baru Bian tidak menyedari perancangan baharu kerajaan untuk mengambil…
Berita Domestik
Bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, 23 syarikat konsesi lebuhraya akan menawarkan diskaun…