Kerajaan Lulus Pelesenan Komersial RV Mulai 2026, Sokong Industri Pelancongan Negara

oleh Qalif Latif|
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengumumkan dasar baharu yang membenarkan kenderaan rekreasi (Recreational Vehicle RV) digunakan secara komersial sebagai Kenderaan Sewa & Pandu Pelancongan (KSPP) di Semenanjung serta Kereta Sewa Pandu (KSP) di Sabah, Sarawak dan Labuan, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

RV Kini Boleh Dijadikan Kenderaan Sewa

Sebelum ini, RV hanya boleh didaftarkan bagi kegunaan persendirian sama ada atas nama individu atau syarikat. Polisi ini dilihat menyekat potensi pembangunan pelancongan berbentuk “motorhome tourism” yang semakin mendapat perhatian masyarakat tempatan.

Berdasarkan rekod sehingga 22 Ogos 2025, sebanyak 1,405 unit RV berdaftar untuk kegunaan persendirian di Malaysia. Kebanyakannya terdiri daripada kategori karavan dan camper van bersaiz kecil hingga sederhana.

Pemerhatian MOT turut mendapati peningkatan iklan sewaan RV secara pandu sendiri di media sosial, menandakan wujudnya minat yang tinggi terhadap segmen pelancongan unik ini.

JPJ

Keputusan Dasar Baharu

Kerajaan melalui MOT telah menetapkan beberapa syarat pelaksanaan dasar pelesenan RV komersial:

  1. Hanya RV baharu (sama ada Completely Knocked Down CKD atau Completely Built-Up CBU) dibenarkan untuk didaftarkan sebagai kenderaan komersial mulai 1 Januari 2026.

  2. RV persendirian sedia ada yang didaftarkan sebelum 31 Disember 2025 boleh dikomersialkan, dengan syarat usia tidak melebihi 15 tahun serta lulus pemeriksaan teknikal oleh JPJ.

  3. MOT bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan meneliti pelaksanaan permohonan pelesenan melalui kaedah single window untuk memudahkan urusan.

Tujuan dan Manfaat

Pelesenan RV secara komersial ini dilaksanakan bagi:

  • Mengawal selia operasi industri RV.

  • Memastikan keselamatan pengguna dan penyewa.

  • Melindungi kepentingan pelanggan melalui penguatkuasaan lesen dan permit.

JPJ

Kategori RV di Malaysia

Antara kategori RV yang dibenarkan di bawah garis panduan baharu ini termasuk:

  • Karavan / Camper Van

  • Motorhome / Camper Bus

  • Camper Pick-up / Camper Truck

  • Treler Karavan

Setiap RV perlu dilengkapi kemudahan asas seperti tempat duduk dan meja, ruang tidur, dapur, serta ruang simpanan yang dipasang kekal

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dua darinya ialah caravan treler, satu dengan kapatisi tempat tidur untuk empat orang berharga…
Berita Domestik
Diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun FIELDSTYLE, OTG 2024…
Berita Global
Salah satu yang bakal dipamerkan ialah produk terbaharu Ergoster, tempat duduk semi-bucket yang…