Kerajaan lulus dana RM20 juta untuk bangun prototaip kereta nasional 3.0

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Pembangunan Usahawan memperuntukkan sehingga RM20 juta bagi membangunkan prototaip kereta nasional ketiga yang sebahagian besarnya adalah daripada pelaburan vendor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Prototaip itu dijangka dilancarkan pada suku pertama 2019.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, setakat ini kementerian telah mengenal pasti beberapa vendor yang berminat untuk membangunkan prototaip kereta nasional ketiga itu.

Katanya, vendor yang menunjukkan minat itu kebanyakannya sudah mempunyai dana sendiri bagi menjalankan kerja serta proses untuk membina prototaip kereta nasional ketiga.

“Jadi tidak timbul isu dana itu dari mana kerana mereka sendiri sudah mempunyai dana untuk menjalankan projek ini.

“Malah, terdapat juga bantuan geran sedia ada oleh kementerian yang mana ia dapat menjadi pemangkin dan membantu dalam usaha yang akan dijalankan oleh vendor ini.
 


“Mereka juga mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dalam sektor automotif dan kita yakin mereka dapat menghasilkan prototaip yang baik,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program LESTARI, kerjasama antara MED dan PETRONAS di sini, hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa koordinasi Projek Kereta Nasional Baru (NNCP) pada 12 Oktober dan 14 Disember tahun lalu bersetuju Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dijadikan penyelaras kepada kementerian yang terbabit dalam projek ini.

Selain MED, kementerian berkaitan adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Mohd Redzuan berkata, projek itu juga dilihat dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara dan membangunkan vendor tempatan ke arah bertaraf global dan lebih kompetitif .

“Usaha ini jika dilaksanakan secara bertepatan, akhirnya akan memberikan impak positif serta menjadikan industri automotif tempatan lebih mampan di persada dunia,” katanya.

Menurutnya, projek kereta nasional ini mempunyai pendekatan berbeza dengan pengeluar kereta nasional sedia ada.

MED kini sedang mengenalpasti vendor automotif yang berminat dalam pembangunan NNCP menerusi portal NNCP di laman web kementerian.

Antara kategori berkaitan adalah pembinaan logam dan plastik, petrokimia dan peleburan, pembinaan besi, industri sokongan dan pemasangan.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu berjaya meraih dana hampir RM800,000 menerusi peserta-peserta, penderma-penderma dan juga…
Berita Domestik
Ini diterangkan secara ringkas oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal…
Berita Domestik
Sumbangan wang yang sebahagiannya diperoleh menerusi kempen Nissan Almera Turbo Fuel Efficiency…