Kerajaan kaji laluan alternatif elak kesesakan plaza tol Gombak

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Berita Harian
Kerajaan sedang mengkaji laluan alternatif bagi lebuh raya Gombak-Bentong bagi mengurangkan kadar kesesakan di plaza tol Gombak, terutama ketika musim perayaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada NST, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihak kementerian sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan laluan baharu atau menaiktaraf laluan sedia ada.

"Berdasarkan pemerhatian, terdapat kewujudan trafik aliran balik (backflow) dari arah MRR2 menghala ke Gombak, Batu Caves sehingga menyebabkan kesesakan di plaza tol Gombak (menghala ke Kuala Lumpur).

Sementara trafik menghala ke Ampang tidak lagi mengalami kesesakan disebabkan projek pelebaran jalan oleh Jabatan Kerja Raya," ujar beliau.

Menurut Fadillah, kajian tersebut akan turut mempertimbangkan pulangan pelaburan yang merangkumi penilaian impak terhadap alam sekitar dan sosial.

Tambahnya lagi, kapasiti penuh trafik di plaza tol Gombak pada ketika ini mampu menampung sehingga 158,000 kenderaan, dengan purata 126,000 kenderaan ketika waktu puncak, dan 180,000-200,000 ketika musim perayaan.

Beliau menjawab soalan daripada Abdul Latif Abdul Rahman (Pas-Kuala Krai) berhubung pelan kementerian bagi mengatasi masalah kesesakan di lebuh raya utama.

Sumber: NST

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penutupan jalan tersebut adalah disebabkan oleh kejadian tanah runtuh di seksyen 14, Laluan B66 di…
Berita Domestik
  Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata projek tersebut juga akan…
Informasi
  Katanya, setakat 15 Januari lalu, kemajuan projek jalan baharu empat lorong dari persimpangan…