Kerajaan Johor kurangkan caj levi tol di Link Kedua

oleh Afandi Che Muhamad|
Kerajaan negeri Johor bakal mengambil pendekatan mengurangkan caj levi untuk kenderaan komersial di setiap titik pemeriksaan yang terdapat di dua pintu masuk darat ke Johor (Tambak Johor dan Link Kedua) berkuatkuasa Selasa ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memetik laporan akhbar New Straits Times, pelaksanaan tersebut dijangka memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi Johor amnya.

Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong (gambar) berkata, keputusan kerajaan untuk menyemak semula caj tol dan levi di Plaza Tol Tuas mulai 13 Februari itu bukan sahaja menarik lebih ramai pelawat Singapura ke Johor Bahru bahkan dari negara jiran lain yang sering menggunakan Kota Singa tersebut sebagai transit pintu masuk ke destinasi Asia lain termasuk Malaysia.

"Ini merupakan langkah positif bagi pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri kerana ia akan merangsang lebih banyak aktiviti pelancongan di Malaysia.

"Lebih banyak pelancong akan menjadikan Johor sebagai destinasi pelancongan pilihan kerana tidak memerlukan bajet yang besar," katanya.

Tambah Siew Kiong, langkah berkenaan bersesuaian dengan levi perdagangan yang turut menyumbang kepada industri perniagaan Johor kerana lebih banyak pelabur berminat untuk menubuhkan perniagaan mereka di negeri ini.

Dalam perkembangan sama, orang ramai percaya bahawa langkah itu akan sangat membantu pemandu di kedua-dua belah Tambak.

Seorang jurutera, Nanthakunar K. Nallavan, 28, yang bekerja di Singapura memberitahu usaha berterusan kerajaan untuk meredakan kesesakan lalu lintas di Causeway patut dipuji selain berharap caj permit masuk kenderaan juga dapat dikurangkan pada masa hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"LPT ada 4 plaza tol terpaksa pengguna berhenti, sedangkan untuk ringankan beban pengguna…
Berita Global
Pihak berkuasa Metropolitan Transportation Authority (MTA) baru-baru ini telah berjaya menahan 44…
Berita Domestik
“Kita tahu trend di negara ini apabila ada (sahaja) cuti bercantum dan kalau hari Jumaat atau Isnin…