Kerajaan Jerman pantau pegangan saham China dalam Daimler

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan Jerman sedang memantau secara teliti akan perkembangan di Daimler selepas syarikat China kedua masuk untuk meningkatkan saham pegangang mereka di dalam syarikat induk Mercedes-Benz itu.

Reuters melaporkan bahawa rakan kongsi utama Daimler, BAIC mahu menggandakan sahamnya kepada 10 peratus agar ia lebih dari saham 9.69 peratus yang dimiliki oleh Geely di dalam syarikat itu.


Walaupun kerajaan Jerman berkata pegangan saham sebanyak 20 peratus tidak akan mempunyai kuasa untuk menghalang apa-apa keputusan syarikat, ia tetap akan mempunyai impak yang besar dalam mesyuarat pemegang saham.

"Kementerian Ekonomi sedang memantau situasi itu sekarang," ujar seorang pegawai kerajaan yang memberitahu Reuters.

Kerajaan negara itu memandang berat kerisauan yang berpunca dari pertandingan sengit antara syarikat-syarikat China yang mungkin akan menggugat ekonomi dan keselamatan negara.

Mungkin kerajaan Jerman perlu belajar sesuatu dari rakyat Malaysia yang lebih bersifat terbuka dan mampu menerima China sebagai penyelamat syarikat bumiputra.
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, pembuat kenderaan mewah Daimler dan Volvo Cars mempertimbangkan opsyen untuk…
Berita Global
Wakil kesatuan pekerja dikatakan ia bakal bermesyuarat dengan pihak atasan untuk menawarkan pakej…
Berita Global
Enjin silinder tunggal sejukan cecair empat lejang yang mampu menjana 0.75 hp itu merupakan titik…