Kerajaan Jerman belanja rakyatnya EV percuma!

oleh Mohamad Hanif|
Sekiranya anda seorang rakyat Jerman yang meminati kenderaan elektrik, dan mahu mendapatkan sebuah EV tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran, ada satu berita baik buat anda.
Modenas

Ini kerana anda boleh mendapatkan sebuah Renault Zoe serba baharu tanpa perlu berbelanja, terima kasih kepada insentif besar daripada kerajaan Jerman.

Insentif ini diperkenalkan bagi menggalakkan orang awam untuk memiliki kereta yang lebih bersih selain merancakkan lagi ekonomi yang terjejas akibat COVID-19.

Tidak seperti kerajaan UK yang memberikan geran bernilai £3,000 (RM16 ribu) untuk pembelian kereta plug-in, kerajaan Jerman pula menawarkan insentif sehingga €6,000 (RM29,171) untuk pembelian kereta EV baharu.

Malah, penawaran ini turut diperluaskan bagi mereka yang ingin memiliki sebuah EV menerusi sistem pajakan (lease).

 


Laporan AutoExpress menyebut salah sebuah pengedar di Jerman, Autohaus Koenig kini mengiklankan sebuah Renault Zoe serba baharu dengan kos €6,000 sepanjang tempoh kontrak dua tahun.

Menariknya, kos €6,000 yang disebutkan itu tadi sebenarnya telah pun dibayar oleh para pembayar cukai Jerman, dan anda tidak perlu mengeluarkan satu sen pun untuk mendapatkan Renault Zoe.

Malah, BloombergNEF turut melaporkan bahawa Autohaus Koenig telah menerima lebih 150 pertanyaan dan panggilan semenjak pengenalan tawaran Renault Zoe percuma itu dibuat.

Menurut Wolfgang Huber, wakil Autohaus Koenig dalam satu hantaran di Facebook, "sekiranya kami memiliki lebih ramai konsultan jualan, kami pasti akan menjual lebih banyak (model kereta).

"Kami sememangnya menjangkakan peningkatan jualan setelah pengenalan subsidi oleh kerajaan Jerman, namun kami benar-benar tidak menang tangan melayan para pelanggan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu daripada kilang tersebut, fasiliti Douai bakal menjadi lokasi pemasangan kenderaan…
Berita Domestik
Selain daripada model-model SUV dan wagon Audi, Weststar Motor turut menyelitkan sebuah model e-…
Hezeri Samsuri
Hasilnya, Thailand ialah pengeksport kenderaan nombor satu ke Australia, dan juga adalah…