Kerajaan Jepun sedia stimulus US$2 billion untuk syarikat pindahkan produksi dari China ke Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Kesan daripada wabak coronavirus yang berpunca daripada China, banyak syarikat terpaksa menanggung kerugian akibat terpaksa menutup operasi serta keputusan rantaian bekalan di peringkat global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melihatkan kepada keadaan yang semakin membimbangkan, Kerajaan Jepun baru-baru ini mengumumkan peruntukan bernilai US$2 billion (RM8.6 billion) kepada syarikat-syarikat Jepun untuk memindahkan produksi kembali ke tanah air.

Manakala peruntukan bernilai sehingga 23.5 billion yen pula untuk mana-mana syarikat yang mahu memindahkan produksi ke negara selain daripada China.

Dalam situasi normal, China merupakan rakan dagangan terbesar Jepun, namun disebabkan wabak COVID-19 yang melanda memaksa penutupan kilang-kilang utama sehingga import dari China merudum teruk pada bulan Februari.

Ini menjadikan syarikat-syarikat Jepun terpaksa menghentikan sementara operasi disebabkan kekurangan bekalan yang diperlukan dari China.

Sumber: South China Morning Post

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan merupakan perintis kenderaan elektrik (EV) dengan Leaf berkuasa bateri, tetapi telah diatasi…
Berita Global
Jurutera syarikat Mitsubishi Logisnext berkata, beliau menerima banyak pertanyaan mengenai forklift…
Berita Global
Motosikal khusus untuk latihan lesen itu akan dikenali sebagai NX400L, di mana ianya bakal…