Kerajaan cadang sekatan terhadap kereta import - Dr Mahathir

oleh Mohamad Hanif|
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir memberikan bayangan kerajaan akan melaksanakan sekatan tertentu terhadap kenderaan import dari luar negara dalam masa terdekat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Beliau dilaporkan demikian ketika ucapan di sidang Parlimen baru-baru ini. 

 


Menurut Dr Mahathir lagi, polisi kerajaan sekarang adalah terlalu terbuka sehingga menyebabkan lambakan kemasukan kenderaan asing ke dalam negara yang mendatangkan masalah kepada negara. 

"Hampir kesemua kereta yang dibawa masuk ke Malaysia, ada yang diperbuat daripada 'tin Milo' juga telah dibenarkan dibawa masuk, dan pada masa yang sama kereta kita sukar untuk menembusi pasaran negara lain," ujar beliau di sidang Dewan Rakyat. 

Dalam masa yang sama, beliau turut mengulangi hasrat untuk mengkaji semula Dasar Automotif Negara (NAP) bertujuan untuk melindungi Proton serta industri automotif tempatan. 

 

"Sebab itu kita mesti mengkaji kemungkinan sesetengah keadaan atau sekatan tertentu supaya kenderaan jenama asing tidak akan masuk ke dalam pasaran negara dengan senang, dan memberikan peluang kepada jenama tempatan untuk menguasai pasaran," tambah Dr Mahathir. 

Sumber: The Sun Daily dan The Edge Market

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata,…
Informasi
  Ada kajian antarabangsa seluruh dunia, dalam urusan pembelian kereta terpakai, ada isu…
Berita Domestik
Bercakap di dalam sidang Parlimen, Tun Dr Mahathir bertegas kedua-dua langkah tersebut adalah perlu…