Kerajaan Britain larang penjualan trak diesel bermula 2040

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Autocar
Kerajaan Britain dilaporkan dakan melarang penjualan kenderaan komersial berkuasa petrol dan diesel bermula tahun 2040 sebagai sebahagian daripada inisiatif hijau untuk mencapai sifar emisi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Reuters, kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Boris Johnson akan memulakan pengharaman penjualan trak kecil berkuasa diesel bermula 2035, manakala trak melebih 26 tan pula akan dilarang penjualannya bermula 2040, atau lebih awal sekiranya dapat dilaksanakan.

Tahun lalu, Volvo dan Daimler merupakan antara enam pengeluar trak yang berjanji untuk menghentikan penjualan model-model berenjin diesel pada tahun 2040.

Selain daripada itu, ia juga turut menetapkan perancangan mencipta jaringan kereta api sifar emisi menjelang tahun 2050, serta sasaran sifar emisi untuk aviasi domestik pada tahun 2040.

Terdahulu, kerajaan Britain telah pun mengumumkan larangan penjualan kereta petrol dan diesel baharu bermula tahun 2030, dan hanya kenderaan elektrik (EV) yang akan dibenarkan untuk dijual selain daripada kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV).

Manakala kenderaan plug-in hybrid (PHEV) masih dibenarkan penjualannya sehingga tahun 2035 sahaja.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Beliau dilapor tidak memakai tali pinggang keledar semasa duduk  membuat rakaman video di bahagian…
Berita Global
Seperti yang anda lihat, bentuk crossover coupe Mach-E telah hilang sepenuhnya dan diubah menjadi…
Berita Global
  James Sheridan-Vigor, pemandu tersebut berang apabila disaman £130 (RM682) kerana menggunakan…