Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu hanya akan dilaksanakan sekiranya Jemaah Menteri berpuas hati dengan segala mekanisme penyasaran tersebut termasuk memastikan semua kumpulan sasar layak mendapatkan bantuan sosial tersebut.

Beliau memberitahu, kerajaan akan memastikan supaya penyasaran subsidi itu diperkemas dan diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman pelaksanaannya kelak.

"Apa yang disebut PM (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) ini merupakan penyasaran subsidi iaitu menyasarkan mereka yang layak untuk dibantu dan bukan lagi bantuan subsidi diesel secara pukal yang juga dinikmati oleh mereka yang tidak bersesuaian termasuk warga asing," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Fleet Card di Kawasan Rehat dan Rawat Klang Utara Lebuhraya Grand Sepadu pada Khamis.

Armizan berkata, penyasaran semula bahan api diesel itu bukan sahaja melibatkan kementeriannya, malah beberapa kementerian lain iaitu Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Perladangan dan Komoditi dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Bagaimanapun, katanya, semua kementerian telah bersedia sekiranya kerajaan membuat pengumuman berhubung pelaksanaan itu nanti.

Jelas beliau, Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 bukanlah sistem baharu tetapi ia telah dilaksanakan sejak tahun 2013.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"MCMC sudah kenal pasti lapan hingga 10 penyebar (berkaitan mesej palsu kononnya subsidi diesel…
Berita Domestik
Jelasnya, ini kerana tanggungan subsidi negara melonjak kepada RM13 bilion pada tahun lalu dan…