Kerajaan bakal perkenal syarat rekod lampau untuk kenderaan recond

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan bakal memperkenalkan sistem rekod lampau untuk kenderaan-kenderaan import terpakai yang dibawa masuk ke dalam pasaran kelak.

Menurut sumber Careta yang arif dengan perancangan tersebut, projek itu adalah di bawah naungan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama MARII, sebuah agensi di bawah MITI yang akan mengawal selia prosesnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Perkhidmatan swasta seperti scrut.my itu adalah dibuat secara sukarela oleh pembeli atau peniaga dan ia adalah untuk kenderaan yang sudah tiba di Malaysia," ujar beliau.

Scrut.my juga tidak ada kaitan dengan KPDNHEP atau mana-mana agensi kerajaan yang lain, tambahnya.

 

 

 

"Projek yang bakal diperkenalkan oleh KPDNHEP dan MARII ini ialah lebih berkonsepkan kepada syarat bawa masuk kenderaan. Rekod kenderaan terpakai itu akan diselidik berdasarkan rekod lampau yang diperolehi dari negara asal kenderaan tersebut. Hanya yang baik sahaja akan diberikan kebenaran untuk masuk ke dalam negara," tambah sumber Careta itu lagi.

"Ini berbeza dari pemeriksaan oleh Puspakom, milik DRB Hicom. Puspakom hanya melakukan pemeriksaan secara kosmetik sahaja dan tidak cukup mendalam," katanya lagi.

Beliau kemudian menambah bahawa projek ini akan diumumkan dalam tahun ini dan selepas lima tahun, ia akan diperkenalkan untuk kenderaan-kenderaan terpakai dalam pasaran tempatan.

Usaha oleh KPDNHEP dan MARII ini sangat tepat dan ia melindungi hak pembeli dan juga pihak bank kerana selama ini, sukar untuk menentukan rekod lampau kenderaan terpakai dari negara luar kerana ia tidak diwajibkan oleh pihak kerajaan.

 

odometer

 

Selama ini pengguna tidak tahu samada jarak perbatuan itu benar atau tidak dan adakah kenderaan yang dibeli itu pernah terbabit di dalam kemalangan.

Di negara-negara maju, semua rekod-rekod itu boleh diminta oleh pembeli. Di UK contohnya, sekiranya penjual didapati "memusingkan" jarak perbatuan, ia boleh ditangkap dan dipenjarakan. Di Malaysia, selama ini perbuatan itu mungkin dianggap tidak masuk akal kerana semua penjual adalah jujur.

Sudah tiba masanya pengguna diberi lebih kuasa untuk memilih. 

 

* Baca laporan kami mengenai scrut.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…
Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan…