Kerajaan Australia tawar pakej kewangan AUD76 juta untuk bantu industri EV - termasuk unit terpakai

oleh Firdaus Razani|
Dalam usaha untuk memastikan lebih banyak lagi kenderaan EV di Australia, kerajaan negara itu memperkenalkan pakej bantuan kewangan yang mampu melihat penjualan 20,000 unit kenderaan elektrik (EV) dalam masa dua tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pakej bernilai AUD76 juta itu termasuk pelaburan bernilai AUD50 juta untuk pengedar-pengedar kenderaan di mana ia diberi dalam bentuk pinjaman jangka pendek.

Pengedar boleh menggunakan pinjaman itu untuk membawa masuk EV dan dibayar selepas ia telah dijual kepada pelanggan.

Selain dari itu, sebanyak AUD4 juta diperuntukan oleh Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Australia untuk membantu syarikat kereta sewa Europcar membeli sebanyak 3,100 unit EV untuk digunakan dalam perniagaan mereka.

Kenderaan-kenderaan itu akan dijual kepada orang awam selepas berusia dua tahun.

Laporan lanjut di Drive Australia.