Kerajaan akan umum struktur cukai jalan EV bulan depan

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan kerajaan akan mengumumkan struktur cukai jalan kenderaan elektrik yang lebih kompetitif pada bulan depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bertujuan untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik di kalangan rakyat Malaysia, menurut laporan Bernama.

Struktur cukai jalan itu hanya akan terpakai selepas 2025 iaitu selepas berakhirnya tempoh pengecualian cukai jalan kepada kenderaan EV.

Loke berkata kerajaan maklum keresahan pemilik kenderaan EV yang bimbang dikenakan cukai jalan lebih tinggi selepas tamat tempoh pengecualian itu dan kementeriannya telah membentangkan struktur cukai jalan yang lebih kompetitif kepada Pasukan Petugas Khas EV.

"Penggalakan itu diperlukan supaya orang ramai mula menerima penggunaan EV dan ekosistem itu perlu dilaksanakan dan dibangunkan termasuklah sistem pengecasan dan sebagainya dan memang itu antara perkara yang kita sedang ambil tindakan sebagai pendekatan menyeluruh kerajaan," katanya.

Pada 15 Feb 2022, Kementerian Pengangkutan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan menawarkan pemberian insentif Pengecualian Bayaran Fi LKM sepenuhnya untuk kenderaan EV bermula 1 Jan 2022 hingga 31 Dis 2025.

Pengecualian itu diberikan kepada kenderaan EV yang menggunakan bateri atau sel bahan api dan tidak terpakai untuk kenderaan hibrid yang masih mempunyai enjin pembakaran dalaman petrol atau diesel.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Cabaran yang dihadapi dalam proses perincian sekarang ialah perbandingan kapasiti (CC) kereta ICE…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan fungsi baharu itu akan memudahkan urusan orang awam…
Berita Domestik
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Dewan Negara, baru-baru…