Keputusan mahkamah bawa sinar pada mangsa kenderaan dicuri di ruang parkir

oleh HEZERI SAMSURI|
Selama ini pihak pengurusan parkir tidak akan bertanggung-jawab dengan kehilangan kenderaan yang diletakkan di premis mereka.

Nampaknya itu semua bakal berubah selepas Mahkamah Rayuan bersetuju bahawa syarikat pengurusan parkir lalai dan perlu membayar pampasan gantirugi sebanyak RM117,000.

Kes tersebut yang dibicarakan di Putrajaya adalah antara syarikat Euro Rent A Car Sdn Bhd, pemilik kenderaan dan Sunway Parking Services Sdn Bhd.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mahkamah mendapati bahawa Sunway Parking tidak boleh "berselindung" di sebalik kenyataan pihak pengurusan tidak akan bertanggung-jawab ke atas keselamatan kenderaan yang diparkir di premis mereka.

Di dalam kes tersebut, Euro Rent telah menyewakan sebuah kenderaan kepada seorang rakyat Perancis, Hemici Sofiane pada 25 April, 2016. 

Dua hari selepas itu, Sofiane meninggalkan kenderaan tersebut di premis parkir Sunway pada jam 2.30 pm dan menyedari kenderaan itu hilang pada jam 7 pm hari yang sama.

Video dari CCTV mendapati kereta tersebut dipandu keluar dengan mengekori rapat sebuah lagi kenderaan yang dipandu keluar.

 

 

Palang pintu parkir itu turun dengan terlalu lambat dan menyebabkan kenderaan dicuri itu boleh menyelinap keluar.

Euro Rent A Car menyaman Sunway Parking atas sebab cuai dan tidak mengambil langkah-langkah sepatutnya untuk menghalang kecurian dari berlaku.

Hakim Izralizam Sanusi mengarahkan pihak Sunway Parking untuk membayar kos gantirugi tersebut termasuk kos guaman dan faedah sebanyak 5 peratus akan dikenakan sehingga jumlah sepenuhnya dibayar.

Keputusan kes ini membuktikan pihak pengurusan parkir perlu mempunyai inisiatif untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat.

Semoga hak pengguna semakin kuat diperjuangkan di Malaysia.

* Laporan penuh di FreeMalaysiaToday.com

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Domestik
Menurutnya, kejadian dilaporkan jam 4.10 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…