Kepala kereta api penumpang dalam perjalanan dari Tumpat ke JB terbakar di Tanah Merah

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video
Bahagian kepala sebuah kereta api penumpang dalam perjalanan dari Tumpat ke Johor Bahru terbakar di Taman Tasek Kiara di Tanah Merah malam tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah Mohd Zulkifli Osman berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada 10.36 malam sebelum dua pegawai dan 10 anggota serta dua jentera FRT dikerah ke lokasi kejadian.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

"Anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada 10.39 malam dan mendapati bahagian kepala kereta api tersebut sedang terbakar.

 

"Api berjaya dikawal pada 11 malam," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

 

Beliau berkata kejadian telah menyebabkan pemandu kereta api Ekspres Rakyat Timuran itu cedera dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan.

 

"Semua penumpang kereta api tersebut selamat. Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya inisiatif itu akan turut memberi manfaat kepada penumpang dalam kalangan pekerja dan…
Informasi
" ... apabila ia berlaku serentak (kerja naik taraf dan operasi tren), sudah pasti akan memberi…
Informasi
  Perjalanan Tren ELA adalah pada 27 Jun yang mana laluan KL Sentral ke Tumpat dijadual berlepas…