Kenyataan susulan PROLINTAS dan SUKE tentang insiden kemalangan di tapak pembinaan SUKE, Jalan Alam Damai

oleh SALINA JALIL|
Pembinaan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang bermula pada 29 Ogos 2016 sehingga kini telah mencapai kemajuan sebanyak 88.8 peratus.



Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4km yang dijadualkan siap pada akhir 2021 kelak akan mengurangkan kesesakan lalu lintas sekurang-kurangnya sebanyak 30 peratus di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan di kawasan kepadatan tinggi seperti Cheras, Pandan Indah dan Ampang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd., selaku syarikat pemegang konsesi bagi projek pembinaan Lebuhraya SUKE sentiasa mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memastikan keselamatan pekerja dan orang awam dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), yang dijadualkan siap pada akhir tahun ini.

 

PROLINTAS dan SUKE secara konsisten mengingatkan kontraktor-kontraktor terlibat untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP), serta mengambil langkah-langkah bersesuaian dalam aspek keselamatan. 

 

Antaranya dengan mengadakan sesi ‘tool box’ atau taklimat keselamatan setiap hari sebelum memulakan tugas serta latihan penyelamat kecemasan bersama badan-badan keselamatan berkaitan secara berkala.


 

 

Dalam pada itu, pengaktifan pelan lalu lintas (Traffic Management Plan) yang diluluskan oleh pihak berkaitan seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia dan pihak berkuasa tempatan juga diperolehi dan dilaksanakan demi keselamatan pengguna jalan raya.

 

Untuk rekod, pembinaan SUKE melibatkan sembilan kontraktor utama disamping penglibatan secara menyeluruh oleh jurutera perunding bebas dalam membuat rekabentuk, pengawasan dan penyeliaan dari pelbagai aspek. 

 

Dalam pada itu, PROLINTAS juga mempunyai pasukan dalaman yang terdiri daripada jurutera berpengalaman memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor-kontraktor terlibat.

 

Terdapat juga audit keselamatan mingguan yang dilakukan bagi menilai kerja-kerja serta kepatuhan terhadap SOP keselamatan dan kesihatan, yang dipantau secara langsung oleh PROLINTAS.


 

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat PROLINTAS, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah, “dari hari pertama PROLINTAS menggalas tanggungjawab untuk membangunkan projek ini, kami mengambil berat terhadap aspek keselamatan memandangkan lebih 90 peratus jajaran SUKE adalah melibatkan kerja di tempat tinggi dan berada di atas jalan raya yang sedia ada serta trafik berkapasiti tinggi.”

 

“Kami berusaha untuk bekerja sebagai satu pasukan dan objektif kami sangat jelas untuk memastikan projek ini dibina dengan cara yang paling selamat, siap tepat pada waktunya dan mengikut standard amalan kejuruteraan tertinggi,"

 

“Walaubagaimanapun, insiden yang berlaku pada hari ini amat mendukacitakan dan PROLINTAS akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa, serta akan terus menambah baik proses dan pelaksanaan projek yang sedia ada”, tambah Mohammad Azlan.

 

PROLINTAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat di dalam insiden kemalangan ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Persimpangan yang dibina secara bertingkat sepanjang 1.5 kilometer itu bakal menyediakan akses…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata suspek merupakan…
Berita Domestik
Bayaran tol yang dikenakan untuk setiap plaza tol Ampang dan Bukit Teratai adalah seperti berikut: