Kenyataan LLM berhubung kemalangan di tapak pembinaan SUKE

oleh Mohamad Hanif|
Susulan arahan YB Menteri Kanan Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengadakan mesyuarat bersama KKR, JKKP, CIDB, SUKE, Jurutera Perunding, Jurutera Perunding Bebas dan Kontraktor pada 23 Mac 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hasil daripada mesyuarat tersebut, langkah-langkah yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
1. Pihak kontraktor telah diarahkan untuk memberhentikan kerja di tapak kecuali kerja-kerja menyelamat termasuk kerja penstabilan struktur;
2. Menyediakan akses sementara untuk penghuni Kondominium Puncak Banyan;
3. Memaklumkan kepada pengguna lebuh raya berhubung pelan akses sementara di semua medium komunikasi;
4. Pihak SUKE juga telah diminta untuk memeriksa semua launching gantry dan rasuk yang telah dilancarkan di tapak pembinaan.

Bagi mempertingkatkan keselamatan pengguna dan orang awam terjamin, pihak SUKE telah mendapat kelulusan penutupan penuh jalan sedia ada di Taman Leng Seng (Zon 2) dan Jalan Alam Damai (Zon 3).

Manakala di Persiaran Alam Damai (Zon 1), pihak SUKE perlu memastikan terdapat laluan alternatif terlebih dahulu sekiranya cadangan untuk menutup Persiaran Alam Damai ini dilaksanakan.

Pihak JKKP dan CIDB sedang menjalankan siasatan ke atas punca insiden dan akan mengemukakan laporan kepada pihak Kerajaan.

Untuk makluman, pembinaan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang bermula pada 29 Ogos 2016 sehingga kini telah mencapai kemajuan sebanyak 88.8%. Lebuhraya SUKE sepanjang 24.4km yang dijadualkan siap pada akhir 2021

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Persimpangan yang dibina secara bertingkat sepanjang 1.5 kilometer itu bakal menyediakan akses…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata suspek merupakan…
Berita Domestik
Bayaran tol yang dikenakan untuk setiap plaza tol Ampang dan Bukit Teratai adalah seperti berikut: