Kenderaan VIP ikut dekat ambulans, menteri akan beri penjelasan

oleh Hamimah Hamid|
KEMENTERIAN Pengangkutan akan menjelaskan insiden melibatkan sebuah kenderaan rasmi menteri didakwa mengekori rapat ambulans yang dalam kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) antara Simpang Pulai menghala ke Tapah, Isnin lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika ditanya sama ada kenderaan orang kenamaan (VIP) dibenarkan mengekori ambulans berkata, beliau akan mengeluarkan penjelasan mengenai perkara itu tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Sekarang saya berada dalam majlis lain, isu terbabit adalah isu lain.

 

"Saya akan memberi penjelasan mengenai isu terbabit dalam masa terdekat," katanya.

 

Anthony berkata demikian kepada media selepas melancarkan Sistem Pembayaran Terbuka Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Keretapi Ipoh, hari ini.

 

Beliau diminta mengulas desakan Timbalan Ketua Pemuda MCA, Chong Yew Chuan supaya supaya siasatan dan tindakan tegas diambil berhubung insiden itu kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya.

 

Isnin lalu tular gambar kenderaan pelbagai guna mewah yang mengandungi lambang dengan perkataan menteri melepasi kesesakan lalu lintas dengan mengekori rapat sebuah ambulans di PLUS.

 

Pengguna media sosial mendakwa kejadian itu berlaku di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan antara Simpang Pulai dan Tapah di Perak.