Kenderaan terbiar akan dilupuskan dalam masa sebulan

oleh HEZERI SAMSURI|
Pastinya anda pernah mendengar kisah di mana jiran menyimpan kereta buruk yang memakan ruang parkir dan menjadi tempat serangga dan haiwan berkubang.

Kementerian Pengangkutan akhirnya akan mempunyai jalan penyelesaian untuk membantu anda kerana menterinya, Anthony Loke telah mengumumkan bahawa garis panduan dan prosedur (SOP) untuk melupuskan kenderaan terbiar akan bermula tahun hadapan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut proses yang dicadangkan, kenderaan terbiar itu akan diberikan notis satu minggu dan selepas sebulan, ia akan dirampas untuk dilupuskan.

Ini juga akan menyelesaikan masalah kesesakan depoh pengumpulan kenderaan terpakai.

"Masa maksimum ialah sebulan, selepas notis seminggu diberi. Untuk depoh, tidak sampai tiga minggu," ujar Anthony kepada media.

Selepas proses itu, JPJ akan melakukan proses nyahdaftar.

Menurut statistik, sebanyak 15,000 kenderaan terbiar wujud antara 2014-2017 dan ia melibatkan lapan Pihak Berkuasa Tempatan -

  1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  2. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
  3. Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
  4. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  5. Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
  6. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
  7. Majlis Bandaraya Ipoh (MPI)
  8. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Sebelum ini, Kementerian langsung tidak ada peraturan atau undang-undang di bawah JPJ untuk melupuskan kenderaan-kenderaan terbiar.


 

 

Tindakan Anthony ini disambut baik oleh PBT dan juga penduduk kawasan perumahan kerana akhirnya masalah yang sudah sekian lama dikhabarkan mendapat perhatian dari pihak kementerian.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Informasi
"Enam perkhidmatan ETS adalah melibatkan dua perkhidmatan laluan untuk KL Sentral - Padang Besar -…