Kenderaan Subaru kini dikuasakan oleh Motul

oleh Mohamad Hanif|

Motor Image selaku pengedar ekskusif kenderaan jenama Subaru di Asia dan pakar pelincir dari Perancis, Motul baru-baru ini mengumumkan kerjasama dalam membangun dan membekalkan produk pelincir. 

Menerusi perjanjian yang termeterai bernilai US$5 juta setahun ini, Motor Image bakal menjadi pengedar produk Motul pertama di dunia yang merangkumi lapan buah negara - Kemboja, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam. 

Produk pelincir Motul merupakan produk pelincir sistetik 100% menggunakan formula khas yang dibangunkan di Jepun. 

Para pelanggan Subaru kini boleh mendapatkan pelincir premium pada harga yang lebih kompetitif, selain memberikan pengalaman servis selepas jualan yang lebih baik hanya di pengedar-pengedar Motor Image. 

Menurut Glenn Tan, Pengarah Urusan Tan Chong International Ltd berkata, "Subaru sudah lama mempunyai kaitan rapat dengan Motul, selain berpengalaman luas di dalam bidang sukan permotoran seperti Asia Pacific Rally Championship. 

"Dengan terjalinnya kerjasama ini, kami berasa amat gembira untuk menyambung kembali usahasama jangka panjang bersama Motul selain memberikan produk yang berkualiti kepada para pelanggan Subaru," tambah beliau.
 


Antara produk pertama pelincir Subaru yang bakal dilancarkan adalah Subaru Engine Oils by Motul, pelincir sintetik 100% dengan dua kelikatan 0W20 dan 5W30.

Kedua-dua syarikat Subaru dan Motul juga bakal memperkenalkan produk pelincir dan barang cenderahati bersempena kerjasama yang terjalin sebagai salah satu langkah Motor Imgage untuk meningkatkan pengalaman pemilikan yang berkualiti kepada para pelanggan Subaru di rantau ini. 

Minyak pelincir Subaru Engine Oils by Motul kini sudah boleh didapati di kesemua pusat servis Subaru di Hong KOng, Malaysia, Filipina, Singapura dan Taiwan, manakala pasaran Kemboja, Thailand dan Vietnam akan menerima produk tersebut bermula Mac 2019.

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Jerman, Subaru dilapor telah mendaftarkan tanda dagang untuk terma dan logo "STe" pada 13 Mac…
Berita Global
  Model ini dilengkapi komponen berprestasi STI dan ditala khas untuk mempertingkatkan kestabilan…
Berita Global
Subaru Impreza S5 WRC tahun 1998 ini menampilkan nombor pendaftaran 'P2 WRC' yang asalnya…