Kenderaan persendirian bakal diharamkan memasuki 10 jalan raya KL menjelang 2025

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang tahun 2025, sekurang-kurangnya 10 jalan utama di Kuala Lumpur bakal diharamkan kepada kenderaan persendirian bagi menjadikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah lokasi mesra pejalan kaki.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada New Straits Times, tempoh percubaan akan mula dijalankan dalam tempoh lima tahun bagi jalan-jalan seperti Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR). 

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan menyebut, mereka akan menggunakan model penutupan sementara seperti yang pernah dilakukan di Jalan TAR dan Jalan Masjid India seperti sebelum ini. 

Beberapa lokasi lain turut diberikan pertimbangan seperti Bangsar, Bukit Bintang, dan juga Brickfields akan ditutup oleh pihak DBKL daripada kenderaan persendirian bagi mengurangkan kadar kesesakan setiap hari.

 


Tambah Datuk Nor Hisham lagi, Kuala Lumpur mempunyai kepadatan warga sehingga tiga juga orang, dan bilangan kenderaan yang keluar masuk semakin meningkat, tidak termasuk golongan yang menggunakan pengangkutan awam.

Ketika ditanya adakah terdapat perancangan untuk melaksanakan sistem fi seperti Electronic Road Pricing (ERP) Singapura atau Congestion Charge di London, beliau berkata subjek tersebut sedang diperbincangkan. 

Beliau turut berharap agar dapat memperluaskan lagi laluan bas GoKL untuk beberapa laluan termasuklah di Sentul dan Segambut bagi mengurangkan lagi kemasukan kenderaan ke dalam bandar. 

"Kami akan berbincang dengan Prasarana Malaysia Bhd bagi membantu meningkatkan lagi integrasi stesen LRT dengan perkhidmatan bas bandar, termasuklah membina fasiliti 'park and ride' bagi mengurangkan lagi ribuan kenderaan daripada memasuki bandar.

Berita Berkenaan

Informasi
"Penutupan penuh laluan akan turut dilakukan di Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan…
Berita Domestik
Beliau berkata, apa yang perlu dipertimbangkan sekarang ialah isu pengambilan tanah serta…
Berita Domestik
Tiga lokasi baharu yang telah ditambah ialah Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandaraya Seremban-…