Kenderaan perdagangan beroperasi di Sabah wajib pasang GPS

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari facebook LPKP Sabah
Semua kenderaan perdagangan Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan serta mana-mana kenderaan perdagangan dari luar yang ingin beroperasi di negeri itu diwajibkan memasang alat Sistem Kedudukan Sejagat (GPS).


Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP) dalam kenyataan memaklumkan pelaksanaan peraturan itu dibuat secara berperingkat dengan fasa pertama bermula Rabu lalu apabila semua pemegang lesen bas ekspres, lesen pembawa A dan C diwajibkan memasang alat berkenaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Katanya, pelaksanaan peraturan itu adalah sejajar dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia bagi memastikan kenderaan perdagangan mematuhi tahap keselamatan serta peraturan yang ditetapkan.

 

"Perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat Anggota Lembaga LPKP Sabah pada 27 Feb lalu serta Seksyen 19(2), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah yang mana peraturan ini terpakai kepada semua jenis urusan permohonan baharu, memperbaharui, permohonan semula serta ubah syarat lesen kenderaan perdagangan," menurut kenyataan pada Jumaat.

 

Menurut kenyataan itu, bagi pelesen yang ingin memasang GPS pada kenderaan mereka, pemasangan hendaklah dibuat oleh syarikat yang diperakui oleh mesyuarat anggota lembaga LPKP Sabah, yang boleh disemak menerusi laman sesawang LPKP Sabah.

 

Bagaimanapun, katanya, LPKP Sabah boleh membenarkan mana-mana pelesen yang telah memasang atau ingin memasang alat GPS daripada syarikat yang tidak disenaraikan, dengan syarat memenuhi parameter yang ditetapkan oleh LPKP Sabah.

 

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang LPKP Sabah https://www.lpkpsabah.gov.my.

 

 

Bernama