Kenderaan pengangkutan dan cuaca panas punca udara Jakarta paling kotor di dunia!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pemangku Gabenor Jakarta, Heru Budi Hartono mendedahkan bahawa masalah pencemaran akibat kenderaan pengangkutan menjadi penyumbang terbesar kepada kualiti udara yang kurang baik di Jakarta, lapor laman berita AP News
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Berdasarkan pengiraan, 50 peratus pencemaran udara berpunca daripada kenderaan pengangkutan,” kata Heru selepas melakukan pemantauan di Inspektorat Jenderal Kementerian Dalam Negeri di Jakarta Pusat pada Rabu.

Data dikeluarkan oleh syarikat teknologi kualiti udara Sweden, IQAir menunjukkan bahawa Jakarta menjadi bandar paling tercemar di dunia selama empat hari minggu ini dan kekal dalam kedudukan 10 bandar dengan pencemaran terburuk sejak Mei lalu.  

Jakarta dan kawasan sekitarnya dengan populasi kira-kira 30 juta penduduk mengatasi bandar-bandar tercemar lain termasuk Riyadh, Doha dan Lahore pada minggu ini selepas  merekodkan paras tidak selamat zarah halus paling berbahaya dinamakan PM2.5.

Sebagai usaha meningkatkan kualiti udara di Jakarta, Heru merayu kepada penduduk Jakarta dan sekitarnya untuk beralih daripada menggunakan kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam seperti KRL, TransJakarta, MRT Jakarta dan LRT Jakarta.

“Kita menggalakkan pengangkutan awam iaitu kereta api awam, LRT dan lain-lain. Dasar pemerintah kerajaan pusat juga diperlukan untuk mengatasi pencemaran udara Jakarta,” katanya.

Pemerintah Jakarta terus berusaha mengurangkan pencemaran udara termasuk menambah Kawasan Terbuka Hijau (RTH) kawasan yang dipenuhi dengan tumbuhan.

Berdasarkan data yang diterima Heru, kenderaan empat roda meningkat daripada empat juta kepada enam juta sejak 1.5 tahun lalu di Jakarta. Kenderaan dua roda pula meningkat daripada 14 juta kepada 16 Juta dalam tempoh sama.

 

 

– Agensi