Kenderaan Pandu Sendiri dan Dron - Kementerian sudah mulakan perbincangan

oleh HEZERI SAMSURI|
Kementerian Pengangkutan telah mengadakan satu Mesyuarat Kerjasama Strategik antara Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkaitan teknologi Kenderaan Pandu Sendiri dan Dron.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Turut terbabit di dalam mesyuarat yang diadakan siang tadi ialah wakil-wakil dari industri.

Menurut status yang dimuat naik di laman Instagram MOT, tujuan utama mesyuarat tersebut ialah untuk membincangkan kerjasama strategik antara MOT dan MOSTI berkaitan inisiatif kenderaan berautonomi dan penggunaan teknologi dron.

Kedua-dua itu ialah tren masa hadapan untuk sektor pengangkutan, samada di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Syabas dan Careta ucapkan semoga usaha ini berjaya demi pembangunan teknologi rakyat. Kami juga ingin menyarankan semua kementerian mempunyai inisiatif yang lebih pantas dalam mengikut perubahan teknologi dunia.

Jangan sampai teknologi sampai tahun 2020, akta dan undang-undang pula siap tahun 2030! 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laman web trucknews.com, lori kontena suapandu itu mula digunakan sejak bulan Ogos lalu…
Berita Global
Insiden yang berlaku pada September lalu dikesan oleh orang awam yang melihat pemandu dan penumpang…
Berita Domestik
Apa itu NxGV? NxGV adalah singkatan dari Next Generation Vehicle atau Kenderaan Generasi Baharu…