Kenderaan menteri ikut rapat ambulans, pemandu disoal siasat

oleh Hamimah Hamid|
PEMANDU yang memandu kereta membawa menteri yang tular didakwa mengekori rapat ambulans yang dalam kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) telah di soal siasat hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan mendapati kenderaan terbabit membawa seorang menteri yang dalam perjalanan ke satu program kebajikan di rumah pangsa, Jalan Silang, Ipoh.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Siasatan awal mengesahkan kenderaan terbabit dipandu seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu kepada menteri dan mereka dalam perjalanan ke program.

 

"Namun menteri terbabit tidak sempat menghadiri program terbabit kerana keseksaan yang berlaku," katanya.

 

Menurut Mohd Yusri, selain keterangan pemandu polis juga akan memanggil saksi awam serta mendapatkan rakaman kamera litar tertutup PLUS dan papan pemuka ambulans bagi melengkapkan siasatan.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 9 (2) Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

 

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi DSP Koo Boon Huat di talian 016-417 3222 bagi membantu siasatan.