Kenderaan Hidrogen - masih kuat disokong oleh kuasa besar Asia. Kenapa? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Dalam dunia sibuk bercerita mengenai penukaran paragdima kepada kenderaan elektrik (EV), beberapa kuasa besar di Asia masih enaruh harapan kepada kenderaan yang menggunakan hidrogen.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kenderaan Hydrogen Fuel Cell (HFC-V) terpaksa tunduk kepada EV yang mendapat populariti dari kejayaan Tesla dan juga syarat-syarat dan insentif oleh pasaran besar seperti China.

Namun begitu, China, Korea dan Jepun tidak terus membuang HFC-V mereka.

China, pasaran terbesar kenderaan dengan jumah jualan setinggi 28 juta unit setahun mahu mempunyai sebanyak 1 juta unit kenderaan hidrogen HFC-V menjelang tahun 2030. Sekarang ini, mereka mempunyai 1,500 unit HFC-V dan kebanyakannya ialah bas-bas bandar.

Jepun mempunyai pasaran kenderaan sebesar 5 juta unit setahun dan mereka mahu mempunyai sejumlah 800,000 kennderaan HFC-V menjelang 2030, satu jumlah yang tinggi berbanding dengan 3,400 kenderaan HFC-V yang wujud di sana sekarang.

Korea Selatan mempunyai pasaran yang lebih kecil, dalam 1.6 juta unit setahun tetapi nafsu yang boleh tahan besar.  

Ia mahukan 850,000 unit kenderaan hidrogen menjelang 2030. Sehingga hujung tahun lalu, kurang dari 900 unit HFC-V terjual di negara Winter Sonata itu.

Jadi kenapa mereka tetap percaya suatu hari nanti kenderaan fuel-cell ini bakal menjadi juara?

 

 

Hidrogen ialah sumber tenaga yang sangat bersih kerana hasil sisanya hanyalah haba dan air.

Ia juga boleh dihasilkan melalui pelbagai cara, termasuk dari gas metana, arang batu, air dan juga sampah sarap! Ia adalah sumber tenaga yang paling sesuai untuk negara yang ketandusan hasil bumi seperti Jepun.

Satu lagi sebab lain ialah jarak perjalanan dan tempoh pengisian hampir sama dengan kenderaan berenjin petrol/diesel.

Ini berbeza dengan kenderaan EV yang memerlukan masa caj berjam-jam dan jarak perjalanan yang pendek.

Mungkin kerana itu juga bas-bas berkuasa hidrogen digunakan di Jepun dan China.

Sayangnya, pilihan untuk jentera HFC-V sangat kurang.

Toyota melancarkan model Mirai pada penghujung 2014 dan ia hanya terjual kurang dari 10,000 unit di seluruh dunia.

Hyundai pula mempunyai crossover ful cell, Nexo yang dilancarkan Mac tahun lalu. Cuma 2,900 unit terjual di seluruh dunia. Sebelum itu, ia pernah menjual 900 unit Tucson fuel cell.

Honda mempunyai Clarity untuk dipajak sementara Mercedes-Benz GLC F-Cell telah dijual sebanyak beberapa ratus unit sahaja.

China mempunyai bank bas bandar yang menggunakan fuel cell. Ada yang menggunakan komponen-komponen dari Korea dan Jepun (Toyota dan Hyundai) tetapi SAIC dan Geely telah pun menghasilkan bas-bas hidrogen mereka sendiri.

Antara punca ia tidak popular ialah kekurangan stesen hidrogen untuk kenderaan-kenderaan ini.

Stesen hidrogen juga merbahaya dan boleh meletup. Dua orang mati di Korea Selatan bila sebuah stesen hidrogen meletup. 

Satu lagi stesen hidrogen pernah meletup di Sweden tetapi tidak ada kematian.

Kenderaan fuel cell HFC-V jug terlalu mahal untuk dibina. Toyota Mirai contohnya mempunyai harga 50 peratus lebih mahal dari Toyota Camry (di US), dan itupun selepas kos pembinaan Mirai diberikan subsidi.

Secara ringkas, kenderaan hidrogen HFC-V masih mengalami masalah awal kenderaan elektrik.

Mungkin jika ramai pengguna yang lebih berani, ia akan menjadi seperti kenderaan EV juga kelak.

- Sumber dari Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Mirai generasi kedua pula mengambil giliran pada Disember 2020. Mirai sebenarnya sudah ada di…
Berita Global
Berbanding sedan Mirai standard, Mirai Sports Concept itu telah direndahkan sebanyak 40 mm, diikuti…
Berita Domestik
  Menurutnya, keseluruhannya lima stesen isian semula hidrogen akan dibina di Kuching dan usaha…