Kenderaan EV terima insentif besar walaupun CBU

oleh SALINA JALIL|
Pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama Porsche, Taycan di Malaysia pagi tadi memberikan satu kejutan besar kerana harganya yang jauh lebih rendah dari Thailand.

Taycan telah dilancarkan di Thailand pada bulan Julai lalu dengan harga bermula dari RM1.5 juta, tetapi Taycan di Malaysia bermula dari RM725,000 sehingga RM1,195,000.

Taycan di Malaysia sebenarnya mempunyai harga yang tinggi sedikit dari di United Kingdom, dan ini menimbulkan tanda tanya, adakah Taycan ini menerima insentif kerana harganya yang menarik itu.


Menurut presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Datuk Aishah Ahmad yang Careta temui ketika pelancaran Taycan tadi, beliau berkata pihak kerajaan ada memberikan insentif dari penurunan duti eksais untuk kenderaan EV, walaupun ia bukan dipasang di dalam negara.


“Untuk kenderaan dengan enjin petrol atau diesel, duti eksais bermula dari 65 peratus sehingga 105 peratus,” terang Aishah.

“Untuk EV, kerajaan mengenakan duti eksais sebanyak 10 peratus sahaja,” sambungnya.


Kenyataan Aishah ini sejajar dengan apa yang disampaikan oleh seorang pemegang AP terbuka yang membawa masuk model-model Tesla baharu ke dalam negara.


“Kami melabur dengan memasang pengecaj berkapasiti tinggi di dewan pameran kami dan kami yakin ia adalah sebab cukai untuk unit Tesla kami lebih rendah dari sepatutnya,” ujar beliau.


Pengedar Porsche di Malaysia, Sime Darby Auto Performance juga sudah memasang pengecaj berkapasiti tinggi di kesemua dewan pameran/pusat servis utama mereka.


Mungkin apa yang diperlukan ialah pelaburan dari syarikat kenderaan dari segi bentuk pemasangan pengecaj dan infrastruktur berkaitan EV dan sebagai balasan, kerajaan akan memberikan sedikit pelepasan dari segi cukai?

Lagi berita berkaitan ini kelak. 
 

Berita Berkenaan

Informasi
  Persatuan itu berkata insentif infrastruktur pengecasan EV perlu ditawarkan bagi menyediakan…
Berita Domestik
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong berkata, perkara tersebut…
Berita Domestik
  “Kami mempunyai pelan hala tuju nasional untuk stesen pengecas EV iaitu kami menyasarkan untuk…