Kenderaan eletrik dan kenderaan pandu sendiri masih diragui!

oleh SALINA JALIL|
JD Power yang merupakan sebuah syarikat perkhidmatan maklumat pemasaran global, berpengkalan di Amerika Syarikat dan sebuah agensi yang menjalankan kajian data melalui survei dan telah mengeluarkan hasil kaji selidik tersebut untuk suku tahun ke-3 bagi 2019.


Dari data yang diambil, kebanyakan pengguna tidak yakin dan kurang kepercayaan terhadap kereta memandu sendiri dan kenderaan elektrik pada masa ini.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Oleh kerana pengeluar kereta telah melabur berbilion-bilion dalam kenderaan autonomi yang akan datang dan meningkatkan pilihan EV, ramai pengguna masih mempersoalkan teknologi baharu ini.

 


Menurut Kajian Indeks Percanggahan Mobiliti 2019 Q3 JD Power, dengan pengundian terbaharu, indeks kini berada pada 36 (pada skala 100 mata) untuk kenderaan memandu sendiri dan 55 untuk kenderaan elektrik. Ia adalah jumlah sama seperti  tiga bulan yang lalu tanpa peningkatan.
 

 

 

"Ini agak mengejutkan kami kerana sentimen pengguna mengenai kenderaan memandu sendiri dan elektrik berada dalam tahap kekal dan tiada kenaikan," kata Pengarah Eksekutif JD Power, Kristin Kolodge.

 


"Tetapi ini juga menunjukkan bahawa pengguna benar-benar teguh dalam pendapat mereka mengenai teknologi mobiliti baharu," katanya lagi.

 


"Ini juga tidak semestinya berita buruk kepada syarikat pengeluar kereta, kata Kolodge. "Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa pengguna perlu diberikan pendidikan yang lebih baik dan ini memberi peluang kepada syarikat pengeluar kereta untuk membetulkan dan mendekati pengguna ini." 


 

 

 

Kajian suku tahun ini juga mengukur kesediaan pasaran untuk penerimaan kenderaan memandu sendiri dan kenderaan elektrik.

 

 

J.D. Power telah bekerjasama dengan syarikat perisian SurveyMonkey untuk menjalankan kajian di mana lebih daripada 5,000 pengguna dan pakar industri telah menyertai tinjauan ini yang melibatkan kenderaan memandu sendiri dan 5,000 lagi pada kenderaan elektrik.

 

 

Kesimpulan kaji selidik tentang kenderaan memandu sendiri:

 

i.  Keyakinan - kebanyakan pengguna tidak berkeyakinan tentang kenderaan pandu sendiri dan memberikan skor  yang rendah.

 

ii. Pengetahuan - Lebih daripada dua pertiga (68 peratus) pengguna mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang teknologi kenderaan memandu sendiri.

 

iii. Kaum wanita kurang selesa dengan kenderaan autonomi daripada lelaki. Hanya separuh kaum wanita mengatakan mereka tiada masalah dengan kaedah senario memandu sendiri.

 

self driving car

 


Pakar industri mengatakan pengetahuan harus dipupuk untuk memberikan kepercayaan dan penerimaan kepada pengguna adalah kritikal.

 


Pengguna paling bimbang tentang kegagalan teknologi/kesilapan (71 peratus). Seorang pengguna berkata, "Sejarah telah menunjukkan bahawa kemajuan teknologi pada masa lalu, seperti elektrik atau komputer, pernah gagal tetapi dengan dengan masa dan penerangan yang mendalam, ia dapat diatasi. Ada juga pengguna yang mengatakan bahawa sekiranya segalanya dilakukan oleh mesin, ia akan menyebabkan kehilangan pekerjaan kepada ramai orang." 


 

 

Kesimpulan kaji selidik tentang kenderaan elektrik:

 

Skor yang rendah di kalangan pengguna adalah kepercayaan dan keyakinan terhadap pembelian kenderaan elektrik. 

 

Pakar industri berkata kemampuan dan kepercayaan pengguna masih kekal sebagai cabaran utama. Mereka juga menyedari bahawa kos untuk menghasilkan kenderaan elektrik dan pembangunan infrastruktur pengisian adalah cabaran kritikal yang perlu ditangani.

 


Lebih separuh (60 peratus) daripada mereka yang memiliki kenderaan elektrik bateri semasa yang memberikan jawapan "mungkin" untuk pembelian semula kenderaan elektrik yang serupa. 

 


Sebaliknya, 59 peratus daripada mereka yang tidak pernah berada memandu atau memiliki kenderaan elektrik berkata "tidak mungkin" atau "tidak sama sekali" akan membeli atau menyewa kenderaan elektrik tersebut. 

 

electric car 2

 


Walau bagaimanapun, lebih daripada tiga perempat dari kedua-dua kumpulan itu mengatakan pengecualian cukai atau subsidi boleh menjejaskan keputusan pembelian mereka. (Hanya 4 peratus daripada responden yang memiliki kenderaan EV.).

 


Hampir dua pertiga (63 peratus) responden percaya kos mengecas EV akan lebih murah daripada perbelanjaan petrol, tetapi 65 peratus yang mempersoalkan tentang kekurangan stesen-stesen mengecas.

 

 

Kami di Careta berpendapat masih banyak yang perlu dipelajari dan dididik kepada warganegara sendiri dan ia bermula dari pendidikan asas iaitu di sekolah supaya terapkan nilai-nilai sayangkan bumi kita. Selagi bersepah sampah sarap di tepi lebuhraya, kawasan pantai dan taman permainan kanak-kanak mahupun di luar rumah kita sendiri, selagi itu teknologi mesra hijau tidak akan kesampaian!

 

 

sumber asal dari wardsauto

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian adalah infrastuktur pengecasan itu sendiri. Hal…
Berita Domestik
JD Power Malaysia pula beroperasi dari pejabatnya di Singapura dan dengan penutupan pejabat di situ…
Berita Domestik
  Faktor-faktor tersebut mengikut urutan keutamaan adalah:    i.   khidmat nasihat pengedar (26…