Kenderaan dengan sistem keyless dan push start button mudah dicuri?

oleh Afandi Che Muhamad|
Pemilik kenderaan dinasihatkan lebih berhati-hati ketika memarkir di lokasi berisiko tinggi bagi mengelak kenderaan dicuri berikutan kewujudan lambakan peranti penggodam frekuensi yang boleh didapati dengan mudah di negara ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Golongan yang perlu mengambil berat mengenai perkara ini adalah pemilik kereta yang menggunakan sistem kemasukan tanpa kunci (keyless).

Kecurian lebih mudah berlaku ke atas kereta dengan sistem kemasukan tanpa kunci susulan ia didatangkan lengkap bersama sistem penghidup kenderaan tanpa kunci (push start button).

Memetik laporan akhbar The Star hari ini, peranti yang berharga kira-kira RM150 itu boleh didapati secara dalam talian atau di beberapa gedung elektronik.

Difahamkan, peranti berkenaan boleh membuka kunci kereta dan memulakan enjinnya dengan hanya menggodam maklumat pengenalan frekuensi radio (RFID).

Menurut sumber, peranti tersebut boleh membuka hampir setiap kereta dengan kemasukan tanpa kunci.

"Malah, ada antara kelompok pencuri kereta terbabit sanggup merekrut penggodam bagi menjalankan kerja pemasangan perisian diperlukan ke komputer riba mereka dan mengajar mereka cara mengendalikan peranti itu.

"Terdapat tiga cara untuk mencuri kod untuk membuka kunci kenderaan ini. Pertama, peranti perlu dipasang pada komputer dan dijalankan dengan perisian pemantauan mudah (boleh dimuat turun secara percuma daripada Internet)," jelas sumber berkenaan.

Katanya, perisian itu menjalankan fungsi membaca kod yang dihantar antara kunci utama dan sistem kereta.

Kaedah kedua adalah dengan 'menyerang' sistem kereta di mana peranti penggodam akan bertindak menyiarkan isyarat meniru kod supaya ia bertindak balas dengan membuka kunci kenderaan.

Harus diketahui, proses itu hanya mengambil masa beberapa minit sahaja (bergantung kepada pangkalan data kod penggodam).

Berdasarkan kajian dilakukan Allgemeiner Deutscher Automobil-Club (ADAC) yang berpangkalan di Munich, lebih 110 model dari 27 pengeluar yang berbeza berisiko dicuri berdasarkan sistem tanpa kunci yang mereka gunakan.

Jurucakap ADAC berkata, lebih 19 juta kereta berjaya 'dicuri' dengan mudah menggunakan peranti penggera frekuensi dalam ujian yang dijalankan baru-baru ini.

"Kita (ADAC) bukan sahaja dapat membuka kunci kenderaan bahkan turut boleh menghidupkan enjin tanpa sebarang masalah.

"Setakat ini, pengeluar kereta masih belum menemui solusi terbaik bagi mengagalkan aktiviti pencuri kereta tersebut," katanya.

Tambahnya, pemilik kereta perlu mengambil langkah berjaga-jaga tambahan seperti memasang peranti pengesan GPS, menggunakan immbobiliser, kunci stereng atau gear bagi menghalang kenderaan mereka dicuri selepas ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Global
Ia berikutan kerana permintaan elektrik di seluruh dunia daripada penghawa dingin kini kian bakal…
Berita Global
Aloi amorfus itu mengurangkan kehilangan tenaga sebanyak 90 peratus atau lebih bila dibandingkan…