Kenderaan berat dilarang masuk pusat bandar waktu puncak

oleh Mohamad Hanif|
Kenderaan berat dengan muatan (BDM) melebihi 7.5 tan ke atas dilarang menggunakan jalan raya pada waktu puncak terutama di laluan utama di sekitar Lembah Klang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Itu larangan terbaharu dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengatasi isu kesesakan lalu lintas yang berlaku di sekitar Lembah Klang ketika ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, dua waktu yang tidak dibenarkan kenderaan berat masuk iaitu pukul 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 petang.

Beliau berkata, larangan waktu terhad itu membabitkan 10 laluan pada waktu pagi dan lapan laluan pada waktu petang.

“Waktu pagi membabitkan semua jalan di pusat bandar Kuala Lumpur, Jalan Kuching, Jalan Genting Klang, Jalan Cheras, Lebuhraya Plus, Jalan Tun Razak, Jalan Istana, Jalan Segambut dan Jalan Sentul.

“Bagi waktu petang pula, ia membabitkan laluan Jalan Kepong, Jalan Ipoh, Jalan Gombak, Jalan Genting Klang, Jalan Cheras, Jalan Sungai Besi dan Jalan Kelang Lama,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pihaknya mahu pengendali syarikat atau pemandu kenderaan barangan mematuhi larangan itu dan dilarang menggunakan jalan raya sekurang-kurangnya 5 kilometer dari pusat bandar.

Zailani berkata, penguatkuasaan bagi kesalahan sekatan larangan itu dibuat berdasarkan peraturan dibawah Subseksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Menurutnya, jika didapati ingkar, tindakan kompaun boleh dikenakan dengan tidak melebihi RM300 atau boleh didakwa di mahkamah yang mana denda yang boleh dikenakan tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2,000. 

Sumber: KOSMO! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pihak JSPT akan siasat kejadian yang berlaku dan daripada segi pematuhan kepada prosedur operasi…
Berita Domestik
"Jadi lebih muatan ini adalah satu masalah yang perlu kita tangani secara bersepadu dan…
Informasi
Beliau berkata, larangan tersebut bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang musim perayaan…