Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya 20-21, 24-25 Januari ini

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Bernama
Larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan akan dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) sempena Tahun Baharu Cina, iaitu pada 20 dan 21 Januari (sebelum perayaan), serta 24 dan 25 Januari (selepas perayaan).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memetik laporan Bernama, MOT dalam satu kenyataan memakluman langkah tersebut bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, selain mengurangkan risiko nahas jalan raya.

Selain itu, MOT akan melaksanakan penurunan had laju kebangsaan bersama-sama dengan larangan pemanduan bagi kenderaan barangan itu tadi.

“Larangan ini dikuatkuasakan dengan mengambil kira peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman. Perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama road-ban ini,” menurut kenyataan itu.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
  "Ini adalah langkah penting dan simbol yang kuat dalam dasar pengurangan pelepasan gas rumah…
Berita Global
Tahun lepas, Parlimen di Eropah telah meluluskan undang-undang baharu berkaitan pelepasan emisi CO2…
Berita Global
Malah, menjelang tahun 2030 kadar pelepasan emisi CO2 sepatutnya dikurangkan sebanyak 55 peratus…