Kenapa warna merah Mazda lain macam? Ini proses dan kaedah digunakan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Apabila melihat kepada sesebuah kereta, salah satu perkara pertama yang diperhatikan ialah warnanya. Bercakap tentang kereta dan warna, di antara yang mempunyai tarikan tersendiri ialah Mazda.

Atau lebih tepat bagaimana warna Soul Red Crystal berjaya menyerlahkan keanggunan Mazda CX-5. 

Mazda percaya bahawa warna adalah satu elemen daripada bentuk (element of form) dan dengan itu memfokuskan pada warna yang menyerlahkan kecantikan, kualiti dan keunikan reka bentuk KODO dan membangkitkan rasa yang sama seperti menghargai hasil kerja seni.

Mazda dengan falsafah dan seni memang sukar dipisahkan.

Evolusi terbaru falsafah reka bentuk Mazda iaitu Kodo: Soul of Motion bertujuan untuk menghidupkan dan memberi personaliti kepada setiap kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mazda

 

Ini boleh dilihat bagaimana Mazda bermain dengan reka bentuk kenderaannya, tampil elegan dan apabila melihat kepada permukaan kereta kelihatan seperti peralihan cahaya dan bebayang.

Dengan itu adalah penting untuk mempunyai warna yang sepadan dengan apa yang telah terbentuk pada kereta buatannya.

Pendekatan Mazda ialah melalui penggunaan teknologi cat canggih untuk mencipta warna dengan kedalaman (depth) dan cahaya yang kaya atau sinaran (radiance) bagi menonjolkan setiap lekukan dan garis badan kereta.

Pada masa yang sama mengurangkan impak alam sekitar supaya selari dengan wawasan Sustainable Zoom-Zoom 2030.

 

Mazda Hofu Plant No2 Yamaguchi PaintShop

 

Bagaimana Mazda melakukannya? Canggih dan diinspirasi teknik tradisional yang menggunakan tangan.

Ia melibatkan proses Takuminuri (Takumi: tukang mahir/master craftsman, Nuri: mengecat) di mana robot mengecat canggih menggunakan data simulasi pewarnaan daripada karyawan terbaik Mazda untuk mendapatkan teknik tradisional bagi menghasilkan kejituan, kualiti tinggi dan kemasan hasil tangan seterusnya menyerlahkan kecantikan rekabentuk Kodo.

Bermula dengan Soul Red Metallic dan kemudian Machine Grey pada 2016, struktur warna yang terdiri daripada tiga lapisan iaitu lutsinar (clear), lut cahaya (translucent) dan pantulan (reflektive) dengan emping aluminium (flakes) membolehkan pereka Mazda memperolehi kecerahan dan kedalaman warna pada tahap tertinggi.

 

Mazda3 HB

 

Menggunakan teknologi Takuminuri dengan idea bagi mencipta warna merah tercantik di dunia dan sebagai simbol falsafah Kodo: Soul of Motion, pereka Mazda mengkaji bagaimana manusia melihat warna dan cahaya.

Warna merah itu diterjemahkan dalam nilai berangka (numerical) berasaskan ergonomik bagi menyembur (warna) menggunakan sistem Aqua tech Mazda.

Proses warna masih tidak lengkap. Mazda tidak mahu menambah lapisan warna keempat disebabkan faktor alam sekitar dan pakar syarikat itu mencabar kebiasaan.

 

Mazda CX-30

 

Apa yang dibuat ialah menggabungkan emping yang menyerap cahaya dan emping aluminium di dalam satu lapisan cat bagi menghasilkan lebih kedalaman dan ketepuan (saturation) dan ini lah apa yang anda lihat pada warna merah pada kenderaan Mazda.

Satu lagi fakta menarik ialah warna Soul Red Crystal Metallic mempunyai ketepuan warna sekitar 20 peratus lebih tinggi dan 50 peratus lebih kedalaman berbanding Soul Red Metallic yang juga popular dan boleh dilihat pada Mazda6 2015. 

 

Mazda6 Soul Red 2015
Mazda6 Soul Red 2015

 

Di United Kingdom, warna Soul Red Crystal Metallic yang diperkenalkan pada 2017 mewakili 26.5 peratus jualan Mazda di sana. 

Soul Red Crystal turut popular di kalangan pembeli tempatan dan harganya juga premium iaitu RM3,000 lebih tinggi berbanding pilihan lain. 

Tahun ini, Mazda CX-5 dan Mazda MX-5 pasaran UK diperkenalkan dalam warna baharu iaitu Polymetal Grey.

Bagaimana warnanya? Boleh dilihat pada Mazda3 Hatchback pasaran tempatan dan satu lagi hasil seni daripada Mazda.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mazda MX-5 Polymetal Grey
Mazda MX-5 Polymetal Grey

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…