Kenapa Volkswagen labur RM2.1 billion untuk sebuah kilang di Jerman?

oleh HEZERI SAMSURI|
Kumpulan Volkswagen (VW) mengumumkan pelaburan berjumlah 450 juta Euro atau RM2.1 bilion untuk sebuah kilang di Salzgiter, Jerman.

Kilang itu adalah satu usahasama antara VW dan Northvolt AB, sebuah syarikat penghasil bateri dari Switzerland. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kilang itu bakal beroperasi pada tahun 2024 dan akan menghasilkan bateri lithium ion.

Pelaburan besar itu adalah antara strategi baharu VW untuk mendapat keupayaan teknologi dalam bidang kenderaan elektrik (EV), bagi mengejar pesaing mereka seperti Tesla.

Namun begitu, VW masih mengekalkan hhubungan rapat dengan pembekal bateri sekarang seperti LG Chem, Samsung, SKI (untuk pasaran Eropah dan US) dan CATL (untuk pasaran China dan Eropah).

Projek kilang bateri 16-gigawatt-jam di Salzgitter itu juga akan memastikan rpduk-produk EV jenama VW mampu mencapai jarak perjalanan sehingga 500 km dan ke atas.

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…
Berita Global
Hot hatch pacuan semua roda itu dilihat memakai pelekat samaran dengan corak peringatan '50 years…