Kenapa Vios 2023 tiada tayar simpanan? Ini jawapan Ketua Jurutera Pembangunan Vios

oleh Mohamad Hanif|
Disebalik pujian yang diberikan oleh penulis terhadap Toyota Vios serba baharu, ada dua perkara yang mungkin bakal membuatkan ramai berbelah bagi.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Satu daripadanya ialah tempat duduk baris belakang yang langsung tidak boleh direbahkan, dan satu lagi, Vios langsung tiada tayar simpanan!
 

Ketua jurutera


Careta berkesempatan untuk menemubual ketua jurutera pembangunan Toyota Vios, Kamino Hideyuki (gambar atas) semasa sesi pandu uji khas yang diadakan di Langkawi, baru-baru ini.

Jelas Hideyuki-san, mereka membuat keputusan untuk tidak menawarkan baris kedua yang boleh dilipat (dengan nisbah 60:40) memandangkan rata-rata pemilik Vios tidak menggunakan fungsi tersebut sepenuhnya.
 

Vios


Disebabkan ketiadaan ciri tersebut, ia telah menjadikan Vios baharu ini 10 kg lebih ringan, dan digantikan dengan palang pendakap yang bertujuan untuk menjadikan casis Vios baharu ini lebih tegar.

Kesannya, dinamik pengendalian Vios ini jauh lebih baik terutama ketika dikendalikan pada kelajuan yang tinggi.
 

Vios


Berkenaan isu tayar simpanan, pihak pembangun menjelaskan ketiadaan ciri tersebut bertujuan untuk memberikan lebih ruang barangan tambahan yang boleh disembunyikan, sama seperti apa yang ditawarkan pada sesetengah model di dalam pasaran.

Ketiadaan tayar simpanan yang digantikan dengan kit tampal tayar juga secara tidak langsung menjadikan berat keseluruhan Vios lebih ringan berbanding Vios yang terdahulu.

Weight reduction bro!

Baca: Pandu Uji Pertama Toyota Vios 2023