Kenapa Triumph guna roda aloi saiz 18-inci?

oleh HEZERI SAMSURI|
Fastbikes, pengimport dan pengedar rasmi untuk motosikal jenama Triumph di Malaysia telah melancarkan model adventure terbaharu mereka, Tiger 1200 hari ini.

Tiger 1200 serba baharu ini adalah 25 kg lebih ringan dari model terdahulu dan 17 kg lebih ringan dari pesaingnya. Ini disebabkan kerangka aluminium serba baharu yang 5.4 kg lebih ringan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Juga mengurangkan faktor berat motosikal adventure ini ialah penggunaan tangki bahan api jenis aluminium serta lengan ayun tri-link baharu yang 1.5 kg lebih ringan dari lengan ayun sebelah (single-sided) terdahulu. Batang syaf dan kotak gear serong yang digunakan juga adalah lebih kecil dan ringan. 

Triumph ini juga menggunakan enjin T-plane 1,160 cc sejukan cecair 3-silinder sebaris serba baharu yang menghasilkan 150 PS dan 130 Nm (9 PS dan 8 Nm lebih berkuasa dari enjin lama), menjadikan Tiger 1200 sebuah motosikal pacuan syaf yang paling berkuasa di dalam kelasnya.

 

 

Datang dalam dua varian, Tiger 1200 GT Pro (RM115,900) lebih fokus kepada penunggangan atas jalan dan ini boleh dilihat dari penggunaan roda hadapan bersaiz 19-inci serta roda aloi aluminium yang digunakan.

Varian Rally Explorer nyata mahu mencabar BMW R1250 GS Adventure dengan penggunaan tangki bahan api bersaiz 30 liter, roda jejari dan kelengkapan canggih seperti Blind Spot Radar yang memberikan amaran titik buta kepada penunggang.

Rally Explorer juga lebih mampu untuk beraksi di permukaan off-road dengan penggunaan roda hadapan bersaiz 19-inci, seperti Honda African Twin.

Namun begitu, kesemua varian Tiger 1200, termasuk dua yang tidak dibawa masuk ke Malaysia, menggunakan roda belakang 18-inci dengan tayar bersaiz 150/70 R18.

 

 

Ini membawa pertanyaan kepada ramai media kerana saiz roda belakang 18-inci sangat janggal dan tidak mempunyai banyak pilihan di dalam pasaran.

Kami bertanyakan soalan pemilihan saiz itu kepada Fastbikes dan menurut Panagiotis Mavrikos, ketua Khidmat Selepas Jualan untuk Fastbikes, pasukan Triumph di UK memilih saiz itu kerana ia memberikan prestasi dan dinamik pengendalian yang terbaik untuk Tiger 1200.

"Pasukan R&D Triumph menunggang uji Tiger 1200 ini lebih dari 400,000 km dan mencuba pelbagai jenis saiz roda dan tayar, dari sekecil 16-inci sehingga ke 18-inci dan apa yang mereka dapati ialah saiz yang digunakan sekarang adalah pilihan terbaik untuk menjadikan motosikal itu lincah," ujar Mavrikos, rakyat Greece yang sudah bekerja lebih dari lapan tahun di Malaysia bersama Fastbikes.

 

 

Tunggang uji ringkas oleh penulis siang tadi membuktikan bahawa jentera adventure besar ini terasa seperti sebuah jentera 900cc ketika dibawa melalui selekoh tajam dan jalanraya sesak.

Perubahan arah mudah dilakukan dan tidak perlu "dipaksa", cuma hanya lenggokkan badan dan Tiger 1200 itu menurut dengan mudah.

Di bawah ialah video ringkas tunggang uji Triumph Tiger 1200 GT Pro tadi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Semangat dan sejarah kereta itu diraikan firma reka bentuk automotif Makkina dengan…
Berita Global
  Badan kereta yang dibida dipunyai oleh ayah pemilik sekarang dan dibeli pada 1961 bagi…
Berita Global
  Setelah selesai diuji apakah hasilnya?  Kuasa puncak 130 kW (175bhp) dengan daya pecutan 0-97…