Kenapa trak Amerika berbeza?

oleh HEZERI SAMSURI|
Bila kita melihat di TV, trak treler di US memang rata-rata sangat berbeza dari trak yang kita selalu lihat di Malaysia.

Di sini Careta senaraikan fakta-fakta menarik apa yang menyebabkan trak US itu sangat berbeza dari trak kita.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

1. Trak treler secara amnya boleh dikategorikan kepada dua jenis, trak Amerika dan trak Eropah.

2. Trak treler di US (dan juga Australia serta beberapa negara yang lain) mempunyai bentuk yang jauh berbeza dari trak treler di Eropah dan di Asia.

3. Di Malaysia, kita lebih menggunakan trak seperti di Eropah.

4. Beza utama antara kedua-dua trak gergasi itu ialah bentuk badannya.

 

 

5. Untuk trak Eropah dan di Malaysia, ia menggunakan bentuk badan yang dipanggil trak "cab-over". Ini bermakna kabin atau tempat duduk pemandu dan penumpang terletak di atas enjin.

6. Bentuk "cab-over" membenarkan bahagian hadapan trak lebih rata seperti dinding dewan sekolah dan bentuk am trak itu ialah seperti sebuah kuboid.

7. Ini lebih sesuai kerana trak "cab-over" lebih kecil saiznya dan memudahkan untuk dipandu di jalanraya yang lebih sempit, seperti di Eropah dan di kebanyakan negara-negara Asia. Trak "cab over" juga masih boleh dipandu di kawasan bandar-bandar.

8. Trak "cab over" juga lebih ringan dan lebih pendek, menjadikan ia lebih laju dan lebih menjimatkan bahanapi.

 

 

9. Trak di US adalah apa yang dipanggil sebagai trak konvensional. Ini bermakna ia menggunakan susun atur yang normal, di mana enjin terletak di hadapan dan kabin penumpang di belakangnya.

10. Lebuhraya di US dan di Australia sangat luas dan ini sesuai dengan saiz trak konvensional yang lebih panjang.

11. Trak konvensional juga lebih memudahkan. Dengan enjin di hadapan, ia mudah untuk diakses. Ia juga mempunyai kabin yang lebih rendah, memudahkan pemandu dan penumpang untuk naik dan turun.

 

conventional side

 

12. Salah satu perbezaan yang paling ketara ialah cara trak-trak ini dimiliki dan digunakan. Trak di Eropah dan di negara Asia adalah milik syarikat. Tidak banyak pemilik trak yang akan memandu trak mereka sendiri. Kerana itu, ia tidak memerlukan ruang kabin yang luas kerana pemandu akan pulang ke ibupejabat untuk menyimpan trak mereka.

13. Di US pula, ada ramai pemilik trak treler yang memandu kenderaan mereka sendiri. Oleh kerana negara itu yang cukup luas, ramai pemandu itu yang sentiasa berada di atas jalanraya untuk jangka masa berbulan bulan. 

 

 

14. Susunatur trak konvensional membolehkan pemilik membuat ruang di belakang tempat memandu untuk dijadikan bilik tidur kecil dengan tempat simpanan. 
Trak "cab-over" juga mempunyai "sleeper cab" tetapi ia tidak akan seluas apa yang trak konvensional tawarkan.

15. Trak konvensional juga memberikan perasaan lebih selamat kerana ia mempunyai muncung yang panjang untuk menyerap hentaman dari hadapan.

16. Trak konvensional di US juga mempunyai kelajuan yang lebih tinggi (antara 130-140 kmsj) dan dengan jarak roda yang panjang, ia menjadi lebih stabil.

Jadi, yang mana anda minat? 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…
Berita Global
Salah satu yang bakal dipamerkan ialah produk terbaharu Ergoster, tempat duduk semi-bucket yang…
Berita Domestik
Acara MANTAP 2023 itu diadakan pada penghujung tahun 2023 di MAN Pelabuhan Klang dan dihadiri…